Death Whisperer (2023) | Review Movie

Death Whisperer (2023) | Review Movie

Title : Death Whisperer
Director : Taweewat Wantha
Screenwriter : Sorarat Jirabovornwisut, Thammanan Chulaborirak
Network : Netflix
Release Date : 26 October 2023
Duration : 2 hour 1 minutes
Genre : Horror, Supernatural
Cast : Nadech Kugimiya, Denise Jelilcha, Mim Rattanawadee, Junior Kajbhunditt, Friend Peerakrit, Nina Nutthatcha, Fresh Arisara, Plai Paramej, Chae Ongart, Lek Phorjate

SYNOPSIS:
When a bloodthirsty spirit possesses a young girl in a remote village, her older brother leads the charge to banish it before she's consumed by evil.

Death Whisperer (2023) | Review Movie

Death Whisperer diinspirasi dari kisah benar berlatarkan tahun 1972 mengisahkan sebuah keluarga petani yang tinggal di kawasan pendalaman bersama 6 orang anaknya. anak lelaki; Yos (Junior Kajbhunditt) dan Yod (Friend Peerakrit) menolong ayah mereka di ladang manakala 3 orang anak perempuan iaitu Yad (Denise Jelilcha), Yam (Mim Rattanawadee) dan Yee (Nina Nutthatcha) masih bersekolah.

Setiap hari mereka bertiga akan melalui sebatang pokok besar untuk ke sekolah sampailah suatu hari, mereka ternampak seorang perempuan dengan rupa yang menakutkan di bawah pokok tersebut. Sejak hari itu tiga beradik ni mengalami kejadian aneh dan Yam pula selalu jatuh sakit. 

Bila bawa ke hospital, doktor cakap Yam sihat tapi pelik bila sakit Yam makin teruk. pastu Yad dan Yee perasan Yam dah makin pelik dan lain macam orang kena rasuk.

Death Whisperer (2023) | Review Movie

Yak (Nadech Kugimiya), anak yang sulung dah lama merantau jauh berkhidmat sebagai tentera tiba-tiba membuat keputusan untuk pulang ke kampung setelah menerima surat ibunya yang mengatakan banyak kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut.

Kemuncaknya bila Yam dah makin teruk kena rasuk, Yak tahu dia kena melindungi keluarganya daripada roh jahat tersebut sebab bapa mereka jenis tak percaya benda hantu ni semua. Yak meminta bantuan tok bomoh Phang dan Puth untuk mengawal situasi di rumahnya yang makin teruk.

Dari situ Yak dapat tahu, ada wanita luar yang berpindah ke kampung tersebut mengamalkan ilmu hitam dengan memuja roh jahat tersebut. hantu ni pula jenis makan tuan bila dia jumpa badan baru yang sesuai so sekarang ni hantu tu dah pilih Yam sebagai mangsa terbarunya.

Death Whisperer (2023) | Review Movie

sejujurnya aku tengok filem ni sebab Nadech kalau tidak tak rajinlah nak tengok filem hantu siam, dah lah based on true story, seram wei. plot Death Whisperer agak simple dan bergerak sangat slow, terseksa juga nak habiskan sebab 2 jam kot. jalan ceritanya lebih fokus pada hantu ni yang membuat onar dan Yak sebagai abang sulung cuba melindungi adik-adiknya daripada makhluk jahat tersebut.

dari segi lakonan, aku suka dengan lakonan pelakon yang bawa watak Yam sebab watak dia sangat berat. overall suka tengok bonding keluarga mereka saling menjaga dan melindungi antara satu sama lain.

bagi aku, filem sangat seram wei. banyak part hantu dan dan darah ni aku main skip je sebab tak boleh nak tengok benda ni serius nak termuntah sebab ni juga aku takut nak tengok citer hantu siam. siapa yang jenis takut tu better jangan tengok waktu malah dan masa tengah makan.

Post a Comment

0 Comments