Autumn In Wales (2022) | Review Movie

Autumn In Wales (2022) | Review Movie

Filem : Autumn In Wales
Produksi : Pencil Pictures & Records
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Amerul Haswendy Ashari
Network : Netflix
Tayangan : 24 Mac 2022
Durasi : 1 jam 24 minit
Genre : Romantik
Pelakon : Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Amyza Aznan, Joey Daud, Amirul Haswendy, Wanns Ahmad, Sissy Iman

Autumn In Wales (2022) | Review Movie

Autumn In Wales mengisahkan Aira (Eyka Farhana) yang terbang ke Wales untuk mencari tunangnya, Darwish (Keith Foo) yang secara tiba-tiba mengirimkan mesej mahu membatalkan perkahwinan mereka.

Setibanya di Wales, Aira berjaya jumpa Darwish tapi pelik bila Darwish asyik mengelak dari bertemu dengannya rupa-rupanya Darwish sudah mempunyai hubungan dengan Marissa (Wanna Ali).

Aira berkenalan dengan Jaka (Jaa Suzuran) yang bekerja di sebuah kafe di Wales. Aira pada mulanya mahu pulang ke Malaysia bila tahu Darwish sudah tidak cintakannya tapi Jaka suruh Aira stay sebab nak tahu alasan sebenar Darwish mahu putus dengan Aira.

Autumn In Wales (2022) | Review Movie

suka sangat tengok lakonan Eyka Farhana sebagai Aira, dia bila bercinta macam bimbo sikit tapi comel dan interaction dia dengan Jaa Suzuran, Amyza Aznan dan juga Joey Daud sangat kelakar dan comel.

watak Darwish  ni kacak tapi tak gentleman langsung wei. kesian dengan Aira susah payah datang Wales tapi tunang boleh pilih lari macam pengecut daripada berdepan dan settle secara baik. suka tengok ending bila Aira dan Marissa buat pilihan yang bijak. puas hati juga bila dia kena hempuk dengan Aira last sekali tu.

filem Autumn In Wales berlatarkan keindahan pemandangan autum di Wales, sangat cantik lokasi penggambaran. Plot dan jalan ceritanya agak simple dan santai tapi kalau ada beberapa plot dikembangkan maybe lebih menarik sebab cerita tak bagi impak yang kuat. overall sis enjoy sebab mostly pelakon dia bawa watak diorang dengan baik dan menghiburkan.

Post a Comment

1 Comments