Rewind (2023) | Review Movie

Rewind (2023) | Review Movie

Title : Rewind
Director : Mae Czarina Cruz
Screenwriter : Enrico C Santos, Joel Mercado
Network : Netflix
Release Date : 25 December 2023
Duration : 1 hour 52 minutes
Cast : Dindong Dantes, Marian Rivera, Jordan Lim, Peper Herrera, Coney Reyes, Ina Feleo, Sue Ramirez, Pamu Pamorada, Joross Gamboa

SYNOPSIS:
Mary loves John her entire life. After years of marriage, John's priorities change, straining their relationship and leading to a tragic accident that takes Mary's life. An extraordinary proposition allows John to rewind time.

Dah lama tak tengok drama Marian Rivera dengan Dingdong Dantes, kalau dulu TV3 rajin tayang drama diorang. dulu suka tengok Marian ni sebab dia antara pelakon filipina yang cantik dan muka dia macam heroin Pengako Sa'yo, Kristine Hermosa.

Rewind (2023) | Review Movie

Rewind mengisahkan Mary (Marian Rivera) dan John (Dingdong Dantes) crush dari kecil lagi dan ambil keputusan untuk berkahwin dalam usia muda.

Mary sanggup melupakan impian dia untuk menjadi chef pastri sebab nak tumpu pada anak dan keluarga tapi selepas 10 tahun berkahwin, John terlalu sibuk dengan kerjanya sampai tiada masa  untuk isteri dan anak.

Sehinggalah suatu hari, John dan Mary dalam perjalanan ke school event anak mereka, Justin dan berlaku petengkaran bila Mary dapat video John kiss dengan perempuan lain. end up, mereka kemalangan dan Mary meninggal dunia.

Rewind (2023) | Review Movie

first half agak annoying dengan perangai John yang panas baran dan ego tak bertempat. bila dah hilang orang tersayang barulah nak menyesal.

Suatu malam ada seorang lelaki bernama Lods yang mncul di rumahnya. John buat hajat untuk bertemu dengan isterinya dan Lods ni tunaikan permintaan John untuk kembali sehari sebelum isterinya meninggal dunia tapi ada nyawa yang bakal menjadi galang ganti. so John sanggup tukar nyawa Mary dengan dirinya.

Rewind (2023) | Review Movie

Masuk second half, aku rasa sedih tengok cerita ni sebab John ni tahu dia nak mati so dia macam tinggal wasiat dia dengan perbetulkan kesilapan lamanya dulu.

kalau sebelum tu John bengang sampai resign sebab boss dia promote orang lain naik pangkat tapi bila diputarkan masa, dia terima benda tu dengan positif. pastu siap tinggal pesan dekat anak dia lagi dan perbaiki hubungan dengan ayahnya yang telah lama putus.

John juga cuba spend time dengan isterinya, benda yang dah lama dia tak buat dengan Mary dan suruh Mary capai impiannya yang telah lama terpendam.

Dan pengakhirannya 😭

Rewind (2023) | Review Movie

Dari segi plot bukan benda yang fresh bila watak utama kembali ke masa lampau untuk perbetulkan kesilapannya dirinya. tapi still nice story dan tengok lakonan Marian dan Dingdong. Kesimpulannya, hargailah orang tersayang selama mereka masih ada di sisi anda.

Post a Comment

0 Comments