Senarai Drama Korea 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Senarai Drama Korea 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Walaupun dah rasa tengok drama banyak rupanya banyak lagi drama yang aku lupa atau tak sempat tengok tapi tak kisahlah sebab tengok pun sebagai hobi mana sempat kita share kat blog. kalau korang  tak ada idea bolehlah tengok senarai drama yang sis rekomen dibawah ni. senarai ni bukan based on rating tapi random letak mana yang ingat.


1. Revenant

Senarai Drama Korea 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Kim Tae Ri, Oh Jung Se, Hong Kyung, Kim Hae Sook
Genre : Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Episod : 12
Network : SBS, Disney Plus

Mengisahkan Gu San Yeong yang tanpa sedar mewarisi saka keturunan sebaik ayahnya meninggal dunia. Gu San Yeong bersama Professor Yeon Han Sang cuba menyiasat misteri asal usul saka tersebut bagi membebaskan dirinya dari didampingi roh jahat tersebut.

Review Drama : Revenant

2. Moving

Senarai Drama Korea Tahun 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Han Hyo Joo, Jo In Sung, Ryu Seong Ryong, Cha Tae Hyun, Lee Jung Ha, Go Youn Jung
Genre : Action, Thriller, Mystery, Supernatural
Episod : 20
Network : Disney Plus

Drama ala-ala Avengers gitu, mengisahkan bekas ejen NIS yang mempunyai kuasa luar biasa menyembunyikan diri bagi melindungi anak-anak mereka dari dikesan dan dijadikan agenda politik oleh kerajaan.

Review Drama : Moving

3. Doctor Cha

Senarai Drama Korea Tahun 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Uhm Jung Hwa, Kim Byung Chul, Myung Se Bin, Mi Woo Hyuk
Genre : Comedy, Life, Medical
Episod : 16
Network : JTBC, Netflix

Mengisahkan Cha Jung Sook seorang pelajar perubatan yang terpaksa melupakan impiannya setelah berkahwin dan menjaga keluarganya. Selepas sembuh dari penyakitnya, Cha Jung Sook tekad untuk mengejar impiannya selepas 20 tahun dan memulakan tugas sebagai doktor pelatih di hospital suami dan anaknya.

Review Drama : Doctor Cha


4. Boyhood

Senarai Drama Korea Tahun 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Im Si Wan, Lee Su Bin, Kang Hye Won, Lee Shi Woo
Genre : Komedi, Aksi, Thriller
Episod : 10
Network : Coupang TV

Mengisahkan seorang budak sekolah yang selalu menjadi mangsa buli tapi nasibnya berubah apabila berpindah ke sekolah baru dan menjadi ketua samseng sekolah akibat salah faham yang berlaku.

Review Drama: Boyhood


5. Crash Course In Romance

Senarai Drama Korea 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Jeon Do Yeong, Jung Kyung Ho, Roh Yoon Seo, Shin Jae Ha
Genre : Romantik, Komedi
Episod : 16
Network : TVN/ NETFLIX

Kisah cinta cikgu tuisyen terkenal dengan pemilik kedai makan yang juga emak saudara kepada salah seorang pelajarnya.



6. Welcome To Samdal-ri

Best Drama Korea 2022-2023

Pelakon : Shin Hye Sun, Ji Chang Wook
Genre : Romantik, Komedi
Episod : 16
Network : JTBC/ Netflix

Mengisahkan kerjaya Samdal sebagai jurugambar fesyen terkenal yang musnah selepas terpalit kontroversi membuli juniornya. Samdal membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Jeju dan bertemu semula dengan kawan baiknya yang juga bekas teman lelakinya.

Review Drama: Welcome To Samdal-ri


7. My Dearest

Best Drama Korea 2022-2023

Pelakon : Namkoong Min, Ahn Eun Jin
Genre : Romantik, Melodrama, Sejarah
Episod : 21
Network : MBC

Kisah cinta seorang gadis dari keluarga bangsawan dengan seorang lelaki misteri ketika negara dalm fasa peperangan.

Review Drama: My Dearest Part 1


8. Business Proposal

Best Drama Korea 2022-2023

Pelakon : Kim Se Jeong, Ahn Hyo Seop, Kim Min Gue, Seo In Ah
Genre : Romantik, Komedi
Episod : 16
Network : SBS/ Netflix

Mengisahkan Shin Hae Ri yang terpaksa menyamar menggantikan kawan baiknya pergi ke blind date namun dia terkejut bila CEO syarikatnya adalah pasangan temujanjinya.

Review Drama: Business Proposal


9. Twenty Five Twenty One


Best Drama Korea 2022-2023

Pelakon : Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook
Genre : Romantik
Episod : 16
Network : TVN/ Netflik

Mengisahkan Baek Yi Jin seorang pemuda dari keluarga kaya terpaksa bekerja keras selepas keluarga jatuh muflis kesan dari kegawatan ekonomi yang melanda. Baek Yi Jin bertemu Na Hee Do seorang pelajar sekolah yang mempunyai minat dalam sukan fencing.



10. Soundtrack #1

Best Drama Korea 2022-2023

Pelakon : Park Hyung Sik, Han So Hee
Genre : Romantik
Episod : 4
Network : Disney+Hotstar

Mengisahkan seorang penulis lirik yang meminta bantuan dari kawan baiknya  untuk tinggal serumah dalam tempoh dua minggu bagi mendapatkan ilham menulis lirik lagu.

Review Drama: Soundtrack #1


11. My Liberation Notes

Best Drama Korea 2022-2023

Pelakon : Kim Ji Won, Son Seok Koo, Lee Min Ki, Lee El
Genre : Romance, Life
Episod : 16
Network : JTBC/ Netflix

Kisah tiga adik beradik yang tinggal di pinggir bandar terpaksa berulang-alik dalam jarak jauh ke tempat kerja merek yang terletak di Seoul. Min Jung seorang introvert jatuh cinta dengan Mr Gu seorang lelaki misteri yang bekerja membantu ayahnya di ladang.

Review Drama: My Liberation Notes


12. Alchemy of Souls

Senarai Drama Korea 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Lee Jae Wook, Jung So Min, Hwang Min Hyun
Genre : Romantik, Aksi, Fantasi, Sejarah
Episod : 16
Network: TVN/ Netflix

Kisah Noksu seorang pembunuh upahan yang terperangkap dalam tubuh badan gadis yang lemah menyebabkan dia tidak dapat menggunakan kuasanya. Noksu menjadi hamba kepada Jang Uk, anak kepada keluarga bangsawan terkenal.


13. Link: Eat, Love, Kill

Senarai Drama Korea 2022-2023 Yang Best dan Wajib Tonton!

Pelakon : Yeo Jin Goo, Moon Ga Young
Genre : Misteri, Romantik, Fantasi
Episod : 16
Network : TVN/ Disney+Hotstar

Mengisahkan seorang lelaki yang berkongsi link emosi yang sama dengan seorang gadis.

Review Drama : Link:Eat, Love, Kill

Post a Comment

1 Comments

  1. ada yg tgk and ada yg lum...byk sgt cita korea yg best best kan?

    ReplyDelete