Review Drama Korea | Business Proposal (2022)


Title : Business Proposal
Director : Park Seon Ho
Screenwriter : Han Sul Hee, Hong Bo Hee
Network : SBS/ Netflix
Aired : 28 February 2022 - 5 April 2022
Episodes : 12
Duration : 60 minutes
Genre : Romantic Comedy
Cast : Kim Se Jeong, Ahn Hyo Seop, Kim Min Gue, Seol In Ah, Lee Deok Hwa, Choi Byun Chan, Song Won Seok, Jung Young Joo, Kim Kwang Gyu


Business Proposal sebuah drama terbaru yang sedang ditayangkan di SBS dan Netflix setiap hari isnin dan selasa mulai 28 Februari 2022. Sebuah drama adaptasi web novel bertajuk The Office Blind Date, Business Proposal mengandingkan pelakon Ahn Hyo Seop dan Kim Se Jeong yang sebelum ini popular dengan drama Uncanny Counter.

Business Proposal mengisahkan Kang Tae Mu (Ahn Hyo Seop), seorang CEO yang workaholic dan terpaksa mengikut arahan datuknya, Kang Da Goo (Lee Deok Hwa) untuk keluar blind date bagi mencari calon isterinya.

Malas untuk membuang masa, Kang Tae Mu membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita dalam temujanji yang pertama iaitu Jin Young Seo walaupun personaliti gadis itu tidak meberikan impression yang baik.


Jin Young Seo (Seol In Ah) tidak suka dengan blind date yang diatur keluarganya lalu meminta pertolongan kawan baiknya, Shin Ha Ri (Kim Se Jeong) untuk menggantikan tempatnya.

Dalam blind date tersebut, Shin Ha Ri terkejut apabila yang muncul adalah CEO syarikatnya bekerja tapi terpaksa juga melaksanakan misi untuk mengagalkan blind date tersebut.

walaupun dah buat semua benda yang dibenci dalam blind date, mereka berdua terkejut apabila Kang Tae Mu tetap juga memlih untuk berkahwin dengan Jin Young Seo.


Shin Ha Ri tak mahu terlibat dalam hal tersebut dan menyuruh Jin Young Seo menyelesaikan masalahnya sendiri sebab dia tak nak terserempak dengan Kang Tae Mu di tempat kerja dan takut dibuang kerja.

tapi keesokkan harinya terus Shin Ha Ri bertembung dengan Kang Tae Moo dalam lif tapi nasib baiklah Kang Tae Moo tak kenal dia sebab tak make up tebal macam dalam blind date tersebut.


belum sempat selesaikan masalahnya, rahsia Jin Young Seo terbongkar apabila terlanggar kereta Kang Tae Mo dan terberi business card dia pada setiausaha Kang Tae Mu iaitu Kim Min Gue (Cha Sung Hoon). sebelum insiden terlanggar kereta, Jin Young Seo dah pernah bertemu sekali dengan Kim Min Gue terus crush dengan lelaki tersebut.

nak tak nak terpaksa Jin Young Seo berterus terang hal sebenar. walaupun Shin Ha Ri dah bagi warning jangan jual nama dia tapi Kang Tae Mu dah boleh teka yang mereka berdua kawan baik lalu menyuruh Jin Young Seo untuk bawa Shin Ha Ri bertemu dengannya.


Shin Ha Ri akhirnya terpaksa berjumpa dengan Kang Tae Mu selepas identiti mereka terbongkar. namun disebabkan takut dibuang kerja, Shin Ha Ri memperkenalkan dirinya sebagai Shin Geum Hui kerana tak mahu Kang Tae Mu tahu yang dia bekerja di syarikat beliau.

Dipendekkan cerita, Kang Tae Mu meminta Shin Ha Ri untuk berlakon sebagai teman wanitanya di depan datuknya dan akan membayar dua kali ganda jumlah yang Jin Young Seo beri.

tawaran tersebut nampak lumayan namun ada beberapa perkara yang menyebabkan Shin Ha Ri berkeras menolak. Adakah Shin Ha Ri akan bersetuju menerima business proposal dari Kang Tae Mu? Adakah identitinya sebenarnya akan terbongkar?


walaupun jalan ceritanya bagi aku agak klise tapi untuk empat episod awal ni nampak sangat menarik menghiburkan. lakonan masing-masing sangat best dan mantap. 

aku suka chemistry antara Kim Se Jeong dan Ahn Hyo Seop, so far yang tengok memang best. masuk episod 3-4 ni  sweet je bila Kang Tae Mu dah terbuka hati nak bercinta dengan fake girlfriend tapi bila tahu identiti sebenar Shin Hari, tunggulah pembalasannya minggu hadapan..haha

suka juga dengan side character dalam drama ni seperti Jin Young Seo dan Kim Min Gue. kesian sis tengok Young Seo asyik kena reject dengan Kim Min Gue, tengah tunggu bilalah second couple nak bercinta . best juga scene diorang dua ni..

sebenarnya dah lama juga aku tak follow on-going drama, agak penat sikit nak tunggu next week punya episod tapi disebabkan Business Proposal drama romantik komedi, kita layan je lah.

Baca juga : 

Post a Comment

4 Comments

  1. ok x sempat lagi nak layan ni.. akan menyusul masuk list ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama komedi ringan bolehlah layan santai lari kejap dari citer berat..hehe

      Delete
  2. ada tengok sikit..ingatkan Park Seo Joon...gaya rambut mcm PSJ...hilang cute Ahn Hyo Seop buat gaya rambut mcm tu...hehe..nmpk dia mcm chubby sikit..

    ReplyDelete
  3. Dah masuk kat dalam List To View tapi belum sempat tengok lagi. Ada la tengok sikit-sikit snip cerita ni, macam best. Lepas baca review Tiara Sapphire, okay, confirmed kena cari masa juga nak tonton. Hehehehe.

    ReplyDelete