Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Title : Welcome to Samdal-ri
Director : Cha Young Hoon
Screenwriter : Kwon Hye Joo
Network : JTBC/ Netflix
Release Date : 2 December 2023
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Romantic, Comedy, Life
Cast : Shin Hye Sun, Ji Chang Wook, Kim Min Kyung, Shin Dong Mi, Kang Mi Na, Seo Hyun Chul, Yoo Oh Sung, Kang Young Seok, Lee Jae Won, Bae Myung Jin, Jo Yoon Seo, Yang Kyung Won

SYNOPSIS:
After losing his mother—who worked as a haenyeo (female diver who harvests sea life)—at a young age due to a mistaken weather report, Jo Yong Pil makes up his mind to become a weather forecaster and protect the elders of his hometown. However, his passion and refusal to let misinformation slide earns him a reputation at work as a stubborn troublemaker who isn’t afraid to argue with his boss. 

Cho Sam Dal grew up with Cho Yong Pil. Unlike Jo Yong Pil, content to remain in his hometown of Samdalri, Cho Sam Dal makes it her mission to get out of their small town and move to Seoul. After years of toiling away as an assistant in the fashion photography industry, Cho Sam Dal—who changes her name to Cho Eun Hye in Seoul—finally succeeds and makes it to the top. However, when everything she’s worked so hard to build comes crashing down in the blink of an eye, she returns to Samdalri, where people still know her as Sam Dal and not Eun Hye.

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Mengisahkan Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) yang membesar di kampung Samdal-ri di Pulau Jeju pergi ke Seoul untuk mengejar impiannya sebagai jurugambar. 15 tahun kemudian, Cho Sam Dal berjaya menjadi jurugambar terkenal dan dikenali sebagai Cho Eun Hye.

Namun kerjayanya hancur apabila terpalit dengan kontroversi membuli juniournya, Bang Eun Ju (Jo Yoon Seo). Sam Dal teruk dikecam netizen dan ramai yang bersimpati dengan nasib Bang Eun Ju yang hampir membunuh diri disebabkan tertekan.

Namun tiada siapa mahu mendengar penjelasan Sam Dal malah ramai penaja yang membatalkan kontrak untuk bekerjsama dengannya. Hal ini menyebabkan Sam Dal membawa diri pulang ke kampung halamannya, Samdal-ri di Jeju.

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Sam Dal dah lama tak balik kampung tapi terpaksa balik kampung sebab nak mengelak wartawan. pada mulanya dia banyak berkurung dalam rumah sebab malu nak jumpa orang kampung sebab kerjayanya dah gagal.

Sam Dal beruntung sebenarnya sebab bila ditimpa krisis hebat dalam hidup masih ada keluarga yang  menyokong dirinya, malah kawan-kawan juga banyak bagi sokongan pada Sam Dal.

bila kawan-kawan dia dan orang kampung tahu cerita sebenar ramai yang bersimpati dengan nasib Sam Dal, ada juga wartawan yang dapat jejak sampai ke rumah tapi orang kampung kat situ sangat protective jaga Sam Dal. 

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Sam Dal dan Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) sangat rapat sejak kecil lagi disebabkan ibu mereka berkawan baik. Mereka pernah bercinta sekejap waktu belajar di Seoul kemudian putus dan membawa haluan masing-masing.

15 tahun juga Sam Dal tak jumpa Yong Pil pastu terjumpa balik Yong Pil bila dia balik kampung dan Yong Pil bekerja sebagai pengkaji cuaca di Pusat Meteorologi Jeju. mula-mula tu masing-masing awkward sebab dah lama tak jumpa lepas berpisah dulu.

but then mereka jadi rapat balik dan Yong Pil juga yang banyak bagi galakan pada Sam Dal untuk bangkit semula cari diri dia.

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

kawan-kawan dan orang kampung di situ boleh nampak yang Sam Dal dan Yong Pil masih lagi mempunyai perasaan antara satu sama lain tapi mereka tertanya juga kenapa Sam Dal dan Yong Pil berpisah dulu. Rupa-rupanya ayah Yong Pil yang tak restu hubungan mereka dan minta Sam Dal pergi jauh dari anaknya. 

Keluarga mereka sangat rapat tapi ada tragedi berlaku yang mengubah segalanya. Sejak itu juga, ayah Yong Pil berdendam dengan keluarga Sam Dal tapi Yong Pil tak tahu kenapa Sam Dal nak putus dengan dia.

bila Sam Dal dan Yong Pil bertemu semula, perasaan itu masih lagi ada then mereka bercinta semula tapi adakah ayah Yong Pil akan melupakan dendamnya dan merestui hubungan mereka?

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Dalam drama ni memang menyampah habis dengan hati busuk Bang Eun Ju. Dia cemburu dengan Sam Dal pastu tak puas hati bila Sam Dal tak pernah bagi peluang pada dia untuk lead projek. dia punya busuk hati tu bukan takat menyondol teman lelaki Sam Dal tapi juga buat kerjaya Sam Dal jatuh.

lepas Sam Dal jatuh, Bang Eun Ju guna peluang ini untuk dapatkan beberapa projek plus ramai waktu tu yang kesian dengan dia. tapi tak kemana pun kerjaya dia sebab ramai client complain gambar dia ambil buruk pastu perangai pula berlagak diva.

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

Selain kisah percintaan dan kerjaya Sam Dal, jalan cerita Welcome to Samdal-ri banyak fokus mengenai kehidupan Sam Dal di kampung dan juga keluarganya. Waktu dia balik kampung, kakak dan adiknya juga ikut serta balik kampung dan tinggal bersama orang tua mereka.

Kakaknya, Cho Jin Dal (Shin Dong Mi) dulu bekerja sebagai pramugari sebelum berkahwin dengan chaebol tapi perkahwinan dia tak kekal lama sebab keluarga mertua dia tak suka dengan dia. Balik Jeju terjumpa balik dengan bekas suaminya yang kebetulan tengah survey projek keluarganya disitu.

Adiknya pula, Cho Hae Dal (Kang Mi Na) berkahwin dalam usia muda tapi suaminya meninggal dunia ketika dia mengandungkan anaknya, Cha Ha Yeol (Kim Do Eun). Di Jeju, Hae Dal berkenalan dengan Gong Jin Chan (Kim Min Chan) yang rapat dengan anaknya kerana berkongsi minat pada dolphin. Selain itu ada juga kisah ibu Sam Dal, Go Mi Ja (Kim Min Kyung) sebagai ketua haenyeo atau female diver di kampung tersebut.

Welcome to Samdal-ri (2023) | Review Drama Korea

plot utama drama ni sangat menarik tapi di pertengahan cerita aku rasa agak hambar dan dragging sebab terlalu fokus pada subplot pada supportive cast. pastu tak suka bila penulis create watak Sam Dal ni terlalu baik dan lebih banyak mendiamkan diri dari pertahankan diri dia. 

Sam Dal cakap netizen tak nak dengar penjelasan dia waktu isu tu tengah hangat tapi selepas itu dia ada banyak masa kot nak bela diri sendiri dan cerita hal sebenar bila Bang Eun Ju asyik panaskan balik isu tapi dia tak buat. last sekali kawan-kawan dia juga yang siasat pasal Bang Eun Ju dan dedahkan pada umum. penat wei benda boleh settle lebih awal tapi sampai last episod baru isu Bang Eun Ju selesai.

tapi barisan pelakon drama ni mantap, chemistry dan bonding diorang memang best. ada beberapa scene yang sis rasa nak nangis tambah-tambah bila tunjuk bonding keluarga mereka. lagi satu suka dengan watak Cho Yong Pil yang sangat supportive dan sayang giler pada Sam Dal, green flag gitu. overall jalan cerita dia menarik tapi lagi best kalau episod dia dipendekkan lagi.

Post a Comment

0 Comments