Boyhood (2023) | Review Drama Korea

Review Drama: Boyhood (2023)

Title : Boyhood
Director : Lee Myung Woo
Network : Coupang TV
Release Date : 24 November 2023
Episodes : 10
Duration : 60 minutes
Genre : Action, Thriller, Comedy, Youth
Cast : Im Si Wan, Lee Sun Bin, Kang Hye Won, Lee Shi Woo, Kim Yun Bae, Kim Jung Jin, Park Gun Joo, Lee Sang Jin, Seo Hyun Chul, Joo In Young, Kim Jeong Tae

SYNOPSIS:
Set in the backdrop of the mid-to-late 1980s, the drama tells the story of students at an agricultural high school in Chungcheong Province. Jang Byung Tae is a small and weak boy living in Onyang in South Chungcheong Province. He is at the bottom of the school’s social ladder so he transfers to the neighboring Buyeo Agricultural High School. There, he faces an unexpected incident that becomes a turning point in his life.


Boyhood (2023)

Drama Boyhood berlatarkan tahun 1989 mengisahkan Jang Byung Tae (Im Si Wan) seorang pelajar nerd yang menjadi mangsa buli di sekolah. Suatu hari, Byung Tae terpaksa berpindah sekolah kerana masalah yang dialami oleh ayahnya.

Byung Tae menangislah kena pindah sekolah baru sebab dia dah hafal pattern pembuli kat sekolah lama dia. Ayah dia buat plan untuk Byung Tae supaya tak kena buli di sekolah baru.

Pada hari pertama di sekolah baru, bapanya minta jiran mereka yang merupakan seorang polis untuk hantar Byung Tae ke sekolah. first entrance dah bagi big impression kat budak-budak ni. kat dalam kelas pula Byung Tae cabar orang untuk lawan dengan dia tapi tiada siapa yang berani yang menyambut cabarannya sampai Byung Tae confuse bila rancangan bapanya tak berapa menjadi.

Review Drama: Boyhood (2023)

Sebenarnya sebelum Byung Tae berpindah, ada rumor cakap samseng terkenal yang digelar White Tiger of Ansan akan berpindah ke situ. nama Jang Byung Tae pula lebih kurang sama dengan nama samseng tersebut iaitu Jung Gyung Tae (Lee Shi Woo) so mereka confuse ingatkan Byung Tae samseng tersebut. 

pelajar jahat di sekolah tersebut menyambut kedatangan Jang Byung Tae sebagai kapla mereka. apa yang terjadi bila Byung Tae join group budak samseng kat sekolah dia? yang itu kena tengok episod seterusnya.

baru layan first episod memang best dan suka setting drama ni guna vibe 80-an. paling menghiburkan dengan lakonan Im Si Wan yang memang best dengan dialog dan ekspresi muka dia. dah macam-macam watak dia bawa tapi dalam drama ni serius kelakar dan kesian sebab jadi insan yang lemah dan tak habis jadi mangsa buli. berdekah wei layan drama ni sebab watak Si Wan.

selalunya cerita Si Wan berlakon jarang mengecewakan, drama ni pun so far menghiburkan dan tak sabar nak tunggu next episod.

Post a Comment

0 Comments