Ahh Penat Bila Blog Kena Ceduk

Ahh Penat Bila Blog Kena Ceduk

ok nak buat luahan perasaan sekejap.

fyi aku ada dua blog, blog lama untuk review novel dan blog baru untuk drama tapi aku stop post review novel dekat blog lama sebab post tak keluar kat google. time tu rasa pelik dan penat sebab tulis review tapi last-last tak keluar kat google so pageview jatuh merundum, aku pun tak tahu punca sampai give up. bila rajin aku letak je sinopsis drama dan telefilem kat situ sebab nak check keluar kat google ke tak.

hari ni singgah kat blog lama pastu perasan kat top referer ada link yang jarang aku nampak. so bila check nahh blog post kita kena copycat wei.


bila buka home nah tengok tajuk dan gambar tu pun aku dah familiar sebab aku selalu edit gambar main cover, buka post yeah dia copy sebijik macam aku tulis macam dah autocopy masuk ke blog dia. time ni kita sabar lagi sebab memikirkan sinopsis drama je pun.


bila gali-gali lagi rupanya dia start copy blog aku dari tahun 2021 sampai 2023. segala review novel, drama, resepi, lirik lagu pon kena tak terkecuali giveaway blogger lain yang aku join. sebiji setiap patah perkataan dan gambar dan link yang aku post sepanjang tempoh tersebut. walaupun gambar ada letak watermark pon dengan rasa tak bersalah tetap juga copy letak kat blog dia. pastu internal link yang aku share ke blog aku semua masuk kat blog dia. B@B!!!! tak sure adakah benda ni effect sampai blog aku tak keluar kat search engine tapi seriuslah patutlah pageview jatuh merundum sampai nak cecah seratus sehari pun tak dapat.

ntahla penat dan sakit hati jadi macam ni.

Peringatan kepada semua blogger.

Post a Comment

10 Comments

  1. geram betul dgn org yg suka ceduk hasil kerja org lain..tak tahu pulak kalau artikel kita kena ceduk, blog kita akan effect juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak sure sis tapi blog lama tu langsung tak keluar kat google. rasa macam sia-sia update blog kat situ. bukan satu dua yang kena copypaste, banyak kot post yang kena. kalau nak report satu2 pun penat.

      Delete
  2. Uish...melampau sungguh!
    Apa je tindakan yang boleh kita buat bila kena gini ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh report tapi tak tahu la apa tindakan google ambil.

      Delete
  3. Agaknya tulisan luahan ini ditiru rak?
    Tidak patutlah tiru ambil hasil orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog satu lagi yg kena. blog ni insyallah masih selamat..hehe

      Delete
  4. Uii kerja senang yaa.. kot ye pun kredit ke laaa kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun sis dia buat kerja tu. memang buat kerja senang macam kita menulis untuk dia pula bila auto copy ke blog dia.

      Delete
  5. lahhhhh suka hati dia je! kita penat update, dia senang je cedok idea sebijik tak tukar apa. Report je sis, biar dia tahu owner tahu perangai dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah report, xtaulah apa jadi malas nk fikir pasal blog tu.

      Delete