Takdir Itu Milik Aku (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Takdir Itu Milik Aku
Kredit : Instagram Astro Malaysia

Slot Megadrama Astro Ria kembali dengan drama adaptasi novel Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku yang bersiaran mulai 26 Februari 2024, pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria (104).

Menampilkan gandingan hebat Emma Maembong dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama, dibantu oleh Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Riz Amin dan ramai lagi.

Baca juga : Review Novel Takdir Itu Milik Aku


Takdir Itu Milik Aku (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Takdir Itu Milik Aku
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 26 Februari 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 40
OST/ Lagu Tema : Takdir Itu Milik Aku (Liza Hanim)
Pelakon : Emma Maembong, Shaheizy Sam, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon, Fauziah Nawi, Ku Fridah, Nasz Sally, Riz Amin, Sharifah Husna, Duerra Mitilda, Shakila Khoriri, Mahmud Ali Bashah, Rayyan Mikail, Radhi Khalid


Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku

Mengisahkan Dian lakonan Emma Maembong, seorang gadis lurus dan naif yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan dugaan dan tiada kesudahan.

Dian kemudiannya berkahwin dengan Zarif (Shaheizy) anak majikannya tanpa menyedari Zarif dan ibunya, Datin Munirah (Liza Abdullah) pergunakan Dian untuk mendapatkan harta pusaka neneknya. Perkahwinan yang disangka bahagia menjadi mimpi ngeri apabila Dian diseksa sepanjang perkahwinannya. 

Adakah Dian dapat mencari kebahagiaannya?

Baca juga: Senarai Drama Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah


Biasalah kalau cerita Siti Rosmizah ni, watak utamanya tak habis diuji dengan ujian paling berat. dapat suami kejam, emak tiri jahat, emak mertua pun jahat. eh pendek cakap semuanya kejamlah. baca novel pun macam nak baling ke dinding, inikan pula dibuat drama. tak tahu berapa pula skala menyakitkan hati dia tu. so Selamat Menonton!

Post a Comment

1 Comments

  1. tak minat sangat tengok drama atau baca novel macam ni. stress mak

    ReplyDelete