Air Mata di Ujung Sajadah (Netflix) | Review Movie

Air Mata di Ujung Sajadah (Netflix

Title : Air Mata Di Ujung Sajadah
Director : Key Mangunsong
Screenwriter : Titien Wattimena
Network : Netflix
Release Date : 7 September 2023
Duration : 105 minutes
Cast : Titi Kamal, Jenny Ranchman, Fedi Nuril, Citra Kirana, Faqih Alaydrus, Krisjiana Baharudin, Tutie Kirana, Mbok Tun, Fanny Fadhillah, Axel Mariani

Aqilla discovers her long-lost son, Baskara, but faces a moral dilemma as he has been raised by another couple; a heartfelt struggle ensues.

Air Mata di Ujung Sajadah (Netflix)

Mengisahkan Aqilla (Titi Kamal) yang melarikan diri dari rumah dan berkahwin dengan teman lelakinya, Arfan (Krisjiana Baharudin) setelah ibunya, Halimah (Tutie Kirana) menentang hubungan cinta kerana Arfan seorang yang miskin dan tidak mampu memberi kemewahan untuk Aqilla.

Walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, Aqilla bahagia hidup bersama Arfan sehinggalah suatu hari Arfan meninggal dunia kerana kemalangan. Aqilla yang ketika itu sarat mengandung pulang semula ke rumah ibunya.

Apabila Aqilla melahirkan anaknya, Bu Halimah menyerahkan anak tersebut kepada pasangan suami isteri, Arief (Fedi Nuril) dan Yumna (Citra Kirana) kerana merasakan anaknya belum bersedia menjadi seorang ibu. Bu Halimah memberitahu Aqilla yang anaknya itu meninggal dunia setelah dilahirkan.

Aqilla yang sedih dengan kehilangan tersebut terpaksa mengikut kata ibunya untuk menyambung pelajaran di luar negara dan kemudiannya mengambil alih perniagaan keluarga mereka.

Air Mata di Ujung Sajadah (Netflix)

Arief merupakan pekerja syarikat Bu Halimah dan sudah lama mendirikan rumah tangga dengan Yumna namun masih lagi belum mempunyai zuriat. Anak Aqilla tersebut dinamakan Baskara dan mereka membesarkan Baskara dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri di kampung Arief di Solo dan tinggal bersama ibunya, Murni (Jenny Ranchman).

Setelah Baskara berusia 7 tahun, Arief tidak senang duduk apabila mendengar khabar berita yang Halimah sudah meninggal dunia dan Aqilla telah pulang ke Jakarta. Mereka risau Aqilla dapat tahu anaknya masih hidup dan mahu menuntut anaknya semula.

Tidak lama kemudian Aqilla muncul di depan Arief dan merayu pada Arief untuk bertemu dengan anaknya.

Air Mata di Ujung Sajadah (Netflix)

jalan cerita filem ni agak predictable tapi agak menarik sebab nak tahu bagaimana pengakhiran konflik yang berlaku dan suka dengan emosi yang dibawa dalam filem seperti tajuknya Air Mata Di Ujung Sajadah, menangis la wei sebab ada beberapa scene yang buat hatiku tersentuh.

Orang yang bersalah dalam cerita ni adalah ibu Aqilla dan mereka semua ni jadi mangsa keadaan dan tersepit dengan konflik yang berlaku. Waktu Arief dan Yumna nak ambil Baskara pun mereka tahu semua ini rancangan Halimah so masing-masing agak gelisah juga sebab kalau Aqilla tahu rahsia anaknya masih hidup memang bila-bila masa saja Baskara akan dituntut semula oleh ibu kandungnya.

jujur cakap bila tengok cerita ni agak kesian dengan Aqilla dan juga Yumna, masing-masing ada dilema dan konflik dalaman sendiri. overall filem ni cuba menyampai tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu, dan juga mengajar tentang redha dan pasrah. at the end mereka redha dengan keputusan dan takdir bila tengok Baskara gembira dan bahagia.

Post a Comment

0 Comments