Review: Ketika Berhenti Di Sini (Netflix)

Review : Ketika Berhenti Di Sini (Netflix)

Title : Ketika Berhenti Di Sini
Director : Umay Shahab
Screenwriter : Alim Sudio, Umay Shahab
Network : Netflix
Release Date : 27 July 2023
Duration : 1 hour 42 minutes
Cast : Prilly Latuconsina, Bryan Domani, Refal Hadi, Sal Priadi, Lutesha, Widyawati Sophiaan, Cut Mini, Indra Brasco

SYNOPSIS:
Dita, a graphic designer torn between the holographic presence of her deceased love Ed and her current relationship with Ifan, must choose between the past and the present.

Ketika Berhenti Di Sini (Netflix)

Ketika Berhenti Di Sini mengisahkan Dita (Prilly Latuconsina) seorang gadis yang suka melukis mengalami depression selepas bapanya meninggal dunia.

Dita kemudiannya bertemu dengan Ed (Bryan Domani) seorang engineer yang sedang berusaha menbangunkan perusahaannya sendiri. Dalam tempoh tersebut, mereka semakin rapat kerana berkongsi banyak persamaan dan kemudiannya saling jatuh cinta.

Selepas empat tahun berpacaran, hubungan mereka semakin hambar. Dita semakin kurang keyakinan diri kerana masih menganggur selepas tamat belajar dan Ed pula semakin sibuk dengan kerjanya sampai tiada masa untuk bersama.

Suatu malam, mereka keluar makan malam bersama tapi berakhir dengan pergaduhan. Keesokan harinya, Dita menerima berita kematian Ed lalu menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

Review: Ketika Berhenti Di Sini (Netflix)

Dua tahun kemudian, Dita cuba melupakan kesedihannya menyibukkan diri dengan kerjayanya sebagai pereka grafik dan dalam masa yang Irfan (Refal Hady) yang merupakan kawan baiknya dari bangku sekolah setia di sisinya dan selalu menyokong Dita sehingga mereka menjalinkan hubungan.

Sehinggalah suatu hari, Dita menerima hadiah satu cermin mata yang mempunyai fungsi Augmented Reality (AR) membolehkan dia melihat visual Ed. Walaupun pada mulanya dia terkejut dengan imej Ed yang nampak real tapi kemudiannya Dita rasa gembira dengan kehadiran Ed menemani dirinya.

Adakah Dita boleh move on dari rasa bersalahnya pada Ed dan menerima hakikat Ed sudah meninggalkan dirinya?

Ketika Berhenti Di Sini (Netflix)

Filem ni nak menceritakan tentang Dita yang sukar nak terima hakikat berpisah dengan orang tersayang melalui kematian, pendek cakap tak redha dengan apa yang berlaku pada Ed dan bapanya. tambah pula Ed pergi selepas mereka bergaduh besar dan bapanya pula sanggup guna duit rawatannya untuk tanggung yuran pengajian Dita.

sejujurnya agak rimas dengan watak Dita sebab bukan sahaja tak redha tapi juga jenis tak reti nak hargai orang yang ada sekelilingnya dan pentingkan diri sendiri. waktu Ed hidup, bukan nak support Ed tapi sibuk nak merajuk sebab Ed tak ada masa nak teman dia padahal Ed tu sibuk kerja untuk masa depan kau juga, time orang tu tak ada baru nak melalak menyesal. macam kes Irfan kesian kot kena sidai lama giler tapi tetap juga setia di sisi Dita.

overall konsep AI dalam filem ni agak menarik juga dan suka dengan skrip dan dialog filem ni. walaupun aku rimas dengan watak Dita ni tapi suka dengan lakonan dan emosi yang Prilly bawa melalui watak Dita.

Post a Comment

1 Comments

  1. hurm.. baca review jelah.. kang geram pula dengan Dita tu.. kikiki..

    ReplyDelete