Review Drama: Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

Drama : Yang Tahu Je Tahu
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Rashidi Ishak
Penulis Skrip : Wan Hasliza, CTNA Marzuki, Nurulsyahida
Siaran : Astro Ria 104/ Sooka
Mula Tayangan : 22 Disember 2023
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Episod : 8
Pelakon : Areef Amran, Darien Aeldra, Elyana Emreezal, Rosnah Johari, Rashidi Ishak, Idzham Ismail, Amyza Aznan, Haeriyanto Hassan, Hafiz Halim, Wafiy Aan, Idan Aedan, Kim Azzim, Zack Aiman, Lorenzo Jenjooz, Arabella Ellen, Shania Hendrik, Hawa Rizwana

SINOPSIS:
Kes cubaan bunuh diri oleh Burhan yang berusia 17 tahun, hanyalah satu helah bagi menutupi sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama tetapi, polis merasakan kes ini melibatkan lebih dari seorang pesalah. 

Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

SM Sains Bandar Mega dikejut dengan penemuan seorang pelajar tingkatan 5 bernama Borhan (Areef Amran) di belakang sekolah dalam keadaan cedera parah. Pelajar-pelajar membuat spekulasi yang Borhan dirasuk lalu terjun dari bangunan tersebut dan tak kurang juga mengatakan Borhan mahu membunuh diri kerana tekanan.

Namun hasil laporan doktor, Borhan mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang belakangnya dan merasakan kes ini berkaitan buli atau penderaan kerana kecederaan melecur yang teruk di beberapa bahagian anggota badan.

Rozita (Amyza Aznan) dan Razak (Haeriyanto Hassan) yang merupakan ibu bapa Borhan kecewa apabila mendengar berita mengenai anak mereka. Ditambah pula Borhan merupakan seorang anak harapan mereka untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Inspektor Haliza/Jah (Elyana) dan pembantunya, Hambali (Idzham Ismail) ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Inspektor Jah meminta keluarga mangsa tidak memberi sebarang kenyataan kepada media supaya tidak menganggu proses siasatan. 

Daripada soal siasat yang dilakukan kepada kawan-kawan Borhan, rata-ratanya memberitahu Borhan seorang pelajar yang baik, cemerlang dalam akademik dan aktif bersukan. Adakah mereka memberitahu perkara sebenar atau cuba menyembunyikan sesuatu?

Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

Drama ni baru tayang episod pertama, apa yang boleh diulas plot dan jalan ceritanya agak menarik. Mula-mula tu macam kesian juga dengan Borhan sebab ingatkan dia jadi mangsa buli tapi ada kisah lain yang berlaku di sebalik wajah kenaifan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini.

Haris (Wafiy) yang rapat dengan Borhan kerana sama-sama bertugas sebagai pengawas perpustakaan ada menyimpan satu rahsia besar mengenai Borhan. luarannya Borhan nampak sangat baik dan disenangi oleh guru-guru tapi Borhan menyalahguna kuasa sebagai pengawas perpustakaan apabila menggunakan bilik video untuk membuat bisnes tayangan video lucah.

maybe dalam episod seterusnya akan terbongkar lagi rahsia Borhan yang disimpan oleh pelajar-pelajar ini. Adakah Borhan dibuli ataupun diserang kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya?

Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

KL Motion selalu ambil pelakon-pelakon yang sama je, tak tahu kenapa maybe ada keserasian kot. mostly watak-watak pelajar ini dipegang oleh pelakon-pelakon baru so dari segi lakonan memang kena improve lagi.

bagi aku jalan ceritanya memang menarik tapi agak terganggu dengan lakonan Elyana sebagai Inspektor Jah. aku mula-mula ingatkan Elyana jadi warden asrama sebab gaya macam kepochi dan sibuk nak melaram. maybe cuba bangkitkan mood humor melalui watak ini tapi bagi aku macam tak kena dengan mood drama ni yang agak serius.

tapi overall sebuah drama yang menarik dan penuh dengan persoalan apa sebenarnya berlaku dan siapakah pelaku yang sebenar. nak tahu pengakhirannya teruskan menonton drama Yang Tahu Je Tahu.

Post a Comment

1 Comments

  1. baca jugak review ceta ni di fb... mcm best... tp diorg kata seminggu 1 episod tu yg mls nk follow dlu.. tgu byk episod dulu... hehehe

    ReplyDelete