Title : To The Moon And Back
Director : Pawanrat Naksuriya
Network : Channel 3
Release Date : 6 June 2023
Episodes : 21
Duration : 1 hour 12 minutes
Genre : Romance, Life
Cast : Toey Jarinporn, James Jirayu, Amanda Chalisa, Ryu Vachirawich, Chai Chatayodom, Pompam Niti, Coco Gokgorn, Nappon Gomarachun, Tassawan Seneewongse, Jab Penpetch, Fresh Arisara, Orm Kornnaphat, Namfon Sueangsuda
SYNOPSIS:
Dr. Purim, a renowned neurosurgeon from a privileged family, breaks free from his father's controlling influence to live independently. His secret hobby is baking, a form of solace. However, his peaceful life is disrupted when he gets a Bohemian-dressed neighbor, Matalada. She's raised by a loving single father who owns a cabaret. Mistaking Purim's Halloween cake for something sinister, she enters his life. They bond over baking, and Matalada's warmth and unconventional family fill the void in Purim's heart.
To the Moon and Back mengisahkan Dr Purim (James Jirayu) seorang doktor yang dilahirkan dalam keluarga kaya. Walaupun hidup serba serbi cukup tapi Purim kekurangan kasih sayang, ayahnya selalu memaksa dia belajar dan jadi yang terbaik, pendek cakap bapanya control semua benda dalam hidup dia termasuk bab kahwin dan ibunya pula terpaksa menurut segala kehendak bapanya.
Purim tak pernah terfikir soal perkahwinan, walaupun di hospital ramai sahaja perempuan yang mencuba nasib mengorat dia. Suatu hari, Purim bertemu dengan jiran barunya bernama Matalada (Toey Jarinporn) yang sangat suka kek yang dibuat oleh Purim.
Daripada berkawan, hubungan mereka semakin rapat sehinggalah Purim jatuh cinta dengan personaliti Matalada yang ceria dan positif, sangat berbeza dengan personaliti Purim yang suka menyendiri.
Matalada (Toey Jariporn) dibesarkan oleh ayahnya, Kerkphol atau Grace (Chai Chatayodom) seorang transgender yang menjalankan kelab cabaret dengan kawan baiknya. Walaupun ibu dan ayah sudah lama berpisah tapi Matalada gembira dan bahagia dengan hidupnya dikelilingi oleh kawan ayahnya baik dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
Matalada berpindah dari Pattaya ke Bangkok sebab nak perbaiki hubungan ayahnya dengan datuk dan neneknya. Hal ini kerana datuknya kecewa dan sangat marah apabila ayahnya memilih untuk menjadi transgender.
Apabila berpindah ke kejiranan baru bertemu pula dengan Dr Purim yang pandai baking kek. Matalada suka makan makanan manis so dia minta Purim tolong ajar dia buat kek. Hubungan dari kawan jadi makin rapat seterusnya masing-masing jatuh cinta.
comel bila Mata panggil Purim sebagai Penneung. pastu Mata ni pula sejenis yang clumsy giler dan selalu je tercedera sampaikan Purim tak bagi Mata masuk dapur kalau dia tak ada di rumah, takut berselerak dan jadi kemalangan. Walaupun baru berkenalan tapi Purim sangat percayakan Mata sampai dia bagi kunci rumah suruh tengok anjing peliharaan bila dia busy.
tak banyak pun konflik dalam hubungan mereka. mostly konflik datang dari watak lain yang cuba menganggu hubungan mereka dan ayah Purim yang tak suka dengan Mata.
bapa Purim nak menjodohkan Purim dengan Pang (Amanda Chalisa) seorang wanita bekerjaya yang sangat independent. Purim dari awal lagi tak berminat dan bagi warning dengan Pang yang dia seorang lelaki yang boring dan sibuk dengan tugasannya merawat pesakit.
Ramai lelaki yang suka dengan Pang tapi bila Purim tak layan dia, Pang rasa macam tercabar juga. kebetulan pula Pang berkenalan dengan Trichat (Ryu Vachirawich) yang merupakan sepupu Purim so dia minta tolong Trichat tolong dia mengorat Purim,
Trichat ni pula dari kecil tak suka dan cemburukan Purim sebab emaknya tak habis membandingkan dirinya dengan Purim. so Trichat mendekati Pang sebab nak rampas Pang dari Purim. akhirnya dia berjaya menggoda Pang tapi kemudiannya baru Trichat tahu yang Purim bercinta dengan Mata pastu dia tinggal Pang dan try rampas Mata pula.
tapi at the end watak ni sedar dengan kekhilafan diri dan bahagia dengan hidup masing-masing. ending Trichat bukan dengan Pang pun tapi Riri, kawan baik Mata. tapi second couple dalam drama ni tak menyerlah, tak banyak pun scene Riri dan Trichat sebab dari awal Trichat banyak terkejarkan orang lain.
drama ni banyak sembang pasal isu lgbt, bukan pasal hubungan terlarang macam bl drama tu tapi keterbukaan masyarakat untuk menerima golongan ini. contohnya macam datuk Mata yang putus hubungan dengan bapanya sebab tak redha dengan jalan yang dipilih oleh anaknya. bagi aku banyak je drama thai yang bawa isu ni so sis no komen sebab bukan drama melayu.
walaupun banyak side characters yang toxic tapi banyak nilai positif dan pengajaran yang diselit dalam drama ni. first, kita kena saling hormat menghormati walaupun berbeza pendapat dan pendirian. keduanya walau apapun keputusan yang diambil pastikan diri sendiri gembira dan bahagia dengan jalan dipilih. pendek cakap, drama yang menghiburkan untuk ditonton.
0 Comments