Sinopsis Drama Jangan Lupa Janji di Astro Ria

Jangan Lupa Janji

Astro Ria membawakan Jangan Lupa Janji sebuah drama terbaru yang mengisi slot Tiara bermula 20 November 2023, pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.00 petang dengan membarisan barisan pelakon mantap seperti Ben Amir, Uqasha Senrose, Ardini Angelina Tan, Roy Azman dan ramai lagi.

Drama Pewaris Cinta akan menggantikan Jangan Lupa Janji mulai 22 Januari 2024 yang dibintangi oleh Rita Nadira, Fezrul Khan, Fauziah Latiff dan Kartina Aziz.

Jangan Lupa Janji

Drama : Jangan Lupa Janji
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : Astro Ria (104)
Mula Tayangan : 20 November 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 45
Pelakon : Ben Amir, Uqasha Senrose, Jazmy Juma, Layla Sania, Ardini Angeline Tan, Azah Aziz, Natasha Roslan, Roy Azman, Azhar Amir, Fizo, Melissa, Amri Aziz, Sharifah Shahora, Natasha Eliza, Firdaus Ghufran, Aliff Muhaimin, Lia Natalia, Firdaus Safuan, Fahmi Zin, Izzul Faiq

Ikmal dan Mikail adalah anak angkat kepada Mona. Ikmal bekerja keras supaya Mikail mendapat pendidikan yang bagus di kolej. Namun Mikail terjerumus dengan pelbagai masalah akibat salah berkawan.

Jangan Lupa Janji

Sinopsis Drama Jangan Lupa Janji

Mengisahkan dua beradik iaitu Ikmal (Ben Amir) dan Mikail (Jazmy Juma) yang dijaga oleh Mona (Ardini Angeline Tan) sejak dari kecil. Ibu mereka dipenjarakan atas kesalahan memiliki dadah dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya sehingga meringkuk dan meninggal di dalam penjara.

Ikmal berjanji dengan ibunya untuk menjaga Mikail dan apabila meningkat dewasa, Ikmal bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari duit supaya Mikail dapat meneruskan pengajian di sebuah kolej swasta dan sanggup mengorban impiannya sendiri.

Mona tak berkenan sangat dengan cara Ikmal memanjakan Mikail dan kesannya boleh nampak Mikail semakin kurang ajar dan pentingkan diri sendiri. tak habis nak kerah keringat Ikmal untuk mencari duit tanggung dia padahal boleh sahaja minta universiti awam dengan yuran lebih rendah atau apply biasiswa. 

Selain Ikmal dan Mikail, Mona juga membesarkan anak kandungnya, Ika (Melissa) dan seorang lagi anak angkatnya, Ariff (Amri). Dalam episod 2, Mawar (Laila Sania) yang merupakan anak buah Mona, dapat menyambung pelajaran di universiti yang sama dengan Mikail. Mona membenarkan Mawar tinggal di rumah mereka memandangkan adiknya tidak mempunyai duit untuk mencari tempat tinggal lain buat Mawar. Ariff tidak suka dengan kehadiran Mawar disebabkan bapa Mawar tidak mahu membantu Mona yang dalam kesusahan membesarkan tiga orang anak selepas kematian suaminya.

Mawar gembira dapat belajar di satu kolej dengan Mikail malangnya Mikail tidak selesa apabila Mawar cuba mencarinya di kolej kerana malu jika diketahui identiti sebenarnya yang berasal dari keluarga miskin.

Jangan Lupa Janji

Sementara itu, Mikail bengang dan malu apabila Ikmal menyerang Dato Mokhzani (Roy Azman) di kolej yang merupakan idolanya. Ikmal marah kerana Dato Mokhzani pernah menjadi penguambela ibu mereka dulu namun tidak melakukan kerja dengan baik malah menyuruh ibunya mengaku bersalah. Pertemuan ini juga mengubah hubungan Ikmal dan Mikail.

Manakala Raihana (Uqasha Senrose) pula dilahirkan dalam keluarga senang namun mempunyai konflik dengan keluarganya. Raihana bertemu dengan Ikmal dalam satu insiden dan berlaku pertemuan antara mereka beberapa kali sehingga mereka menjadi rapat.

Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan kesudahannya dalam drama Jangan Lupa Janji di Astro Ria.

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik jalan ceritanya.. suka ben amir tp x brp gemar uqasha

    ReplyDelete
  2. ramainya pelakon dalam poster tu. Baca sinopsis macam not bad

    ReplyDelete