Pewaris Cinta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pewaris Cinta (Astro Ria)
Sumber: Instagram Zeel Production

Drama Pewaris Cinta akan bersiaran di slot Tiara Astro Ria mulai 22 Januari ini, pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6 petang bagi menggantikan drama Jangan Lupa Janji.

Sebuah drama bertema percintaan dan kekeluargaan mengisahkan ketamakan yang memusnahkan sebuah kebahagiaan. Dibintangi oleh Rita Nadira, Fezrul Khan, Kash Haiqal, Kartina Aziz, Fauziah Latiff dan ramai lagi. Lagu tema drama bersiri ini dinyanyikan oleh Fauziah Latif bertajuk Mencintaimu.

Drama Pewaris Cinta

Drama : Pewaris Cinta
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Fadzil Teh
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 22 Januari 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Lagu Tema/ OST : Mencintaimu (Fauziah Latiff)
Pelakon : Rita Nadira, Fezrul Khan, Kash Haiqal, Kartina Aziz, Fauziah Latiff, Jabir Meftah, Mas Anizan, Zamarul Hisham, Mubarak Majid, Rosnah Johari, Bima Samudra, Putri Dellyna

Sinopsis Drama Pewaris Cinta

Mengisahkan Rosemaria (Kartina Aziz), yang terdesak mencari cucu lelakinya untuk mewarisi empayar syarikat miliknya setelah mengetahui tentang penyakitnya.

Dylea lakonan Rita Nadira, seorang gadis angkuh nekad untuk mencari pewaris Rosemaria walaupun tidak mengetahui identiti lelaki tersebut. Pencarian tersebut telah menemukan Dylea dengan Zaheem (Fezrul Khan), seorang pemuda kampung yang hidup sederhana.

Namun, pencarian itu membuka ruang dendam, amarah, ketamakan dan kerakusan Anita (Fauziah Latiff) hingga menyingkap rahsia gelap keluarga Rosemaria. 

Post a Comment

0 Comments