Mei 14 (TV Okey) | Sinopsis Drama

Mei 14 (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Mei 14
Produksi : Prima Skrin Sdn Bhd
Pengarah : Lizam Togil
Penulis Skrip : Syalikh Nazrul
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 6 Julai 2023
Masa : Selasa-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 
OST/ Lagu Tema : Putus (Nabila Razali)
Pelakon : Nazeera Sardi, Hafizul Kamal, Kiky Hannah, Beego, Rahim Omar, Hazirah Zulkifli, Ken Abdullah, Zulkifli Salleh, Siti Mili Supina, Kueh Mei Fong

Mei 14 (TV Okey) | Sinopsis Drama

Mei 14 mengisahkan Serena (Nazeera Sardi) yang sibuk dengan kerjayanya sebagai pembaca berita dan menguruskan keluarganya. Serena mempunyai masalah dengan suaminya, Mansiv (Hafizul Kamal) sehingga mereka terpaksa berjumpa kaunselor untuk membaiki hubungan mereka tapi langsung tak ada perubahan bila Mansiv sendiri langsung tak bagi effort. Hal ini menyebabkan Serena terpaksa menguruskan anaknya, Elsie (Kiky Hannah) seorang diri.

Benda ni bagi kesan juga pada kerjanya menyebabkan Serena ditegur oleh ketuanya kerana masalah displin tapi disebabkan Serena dah lama kerja situ so nak buang dia pun tak boleh sebab ramai penaja suka dia.

Mei 14 (TV Okey) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Serena mendapat panggilan telefon mengatakan anaknya diculik dan penculik tersebut tidak mahu Serena muncul di kaca tv seperti selalu tapi Serena mengabaikan panggilan dan mesej daripada penculik.

Sehinggalah Serena sedar yang kanak-kanak dalam video yang dihantar kepadanya itu adalah Elsie mulalah dia gelabah. Balik rumah tengok anaknya sudah tiada menjadikan Serena semakin panik. Adakah Serena dapat menyelamatkan Elsie? Siapakah dalang yang merancang penculikan tersebut?

Mei 14 (TV Okey) | Sinopsis Drama

baru tengok episod 1 sebab kat RTMKLIK diorang update lambat sikit, apa yang boleh komen jalan ceritanya nampak menarik juga sebab dia punya konsep macam ceritanya bergerak ke belakang. Penculikan tersebut berlaku pada 14 Mei, bila Serena bangun besoknya baru 13 Mei so dia rasa macam dejavu then tersedar dia kena buat something untuk menyelamatkan nyawa anaknya.

Dari episod 1 aku rasa suami Serena pun terlibat sekali sebab Elsie hilang dari rumahnya padahal duduk kondo mesti security ketat. satu lagi pak guard nampak Elsie balik dari sekolah tapi tiada siapa perasan Elsie keluar. susah orang luar nak access melainkan ada penglibatan orang dalam. tapi persoalannya kalau betul Mansiv terlibat, apa motif sebenar di sebalik penculikan tersebut?

Baca juga : 

Post a Comment

4 Comments

  1. macam menarik sinopsis dia, tak banyak cerita time travel theme dekat malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep dia macam time-loop pun ada juga, masa dia bergerak sehari ke belakang.

      Delete
  2. oh cerita rupanya akak ingat dokumentari hehehehe. Tu yang klik ke lain chanel

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha iye saya pun dia igat dokumentari juga sekali tengok menarik juga jalan ceritanya..

      Delete