Cik PA Tuan Ash (TV3) | Sinopsis Drama

Cik PA Tuan Ash (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Cik PA Tuan Ash
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Siaran : TV3/ TONTON
Mula Tayangan : 20 Julai 2023
Masa : Rabu-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 20
OST/ Lagu Tema : Di Sana Di Sini (Sissy Iman)
Pelakon : Janna Nick, Dini Shatzmann, Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn, Hisham Zainal, Syarafi Sudarmaji, Kween Keela, Sharifah Husna, Dayang Areeda

Cik PA Tuan Ash (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Cik PA Tuan Ash

Sebuah drama romantik komedi engisahkan Husna lakonan Janna Nick yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Tuan Ash (Dini Shatzmann). Bukan sahaja terpaksa menguruskan urusan kerja malah Husna juga diberi tugas untuk mencari calon isteri yang sesuai untuk Tuan Ash.

Husna sendiri tiada masa untuk mencari cinta untuk dirinya dek kerana kesibukan menguruskan hal bos kesayangannya. Dalam masa yang sama Husna tertarik dan jatuh hati dengan Sam (Alvin Chong).

Namun Tuan Ash sering menganggu hidup Husna sehingga dia tidak sanggup lagi melayan kerenah bosnya itu lalu mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Husna berjaya dalam misinya mencari calon isteri untuk Tuan Ash?

Cik PA Tuan Ash (TV3) | Sinopsis Drama

tak tahu kenapa tv3 dah tak tayang drama thailand atau filipina sekarang, kalau tidak dulu aku rajin juga tengok tv petang-petang. Memanjang drama melayu bosan juga, dah lah jalan cerita semua lebih kurang je.

Berbalik kepada drama Cik PA Tuan Ash cuma nak komen satu benda, kenapa Alvin Chong tak jadi hero dia sebab lakonan dia lebih bagus dari hero utama yang masih lagi kaku. aku tengok sikit drama ni, aku rasa scene Alvin Chong lebih menarik perhatian aku..haha

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments