Squad 38 (TV2) | Sinopsis Drama Korea

Squad 38 (TV2) | Sinopsis Drama Korea

Drama : Squad 38 (Task Force 38)
Pengarah : Han Dong Hwa
Penulis Skrip : Han Jung Hoon
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 14 Jun 2023
Masa : Rabu-Sabtu | 8.00 Malam
Jumlah Episod : 16
Genre : Jenayah, Misteri, Komedi

Saksikan drama bersiri Korea Squad 38 lakonan Ma Dong Seok dan Seo In Guk pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 8.00 malam di TV2.


Squad 38 (TV2) | Sinopsis Drama Korea

Pelakon Drama Squad 38

  • Ma Dong Seok sebagai Baek Sung II
  • Seo In Guk sebagai Yang Jung Do
  • Choi Soo Young sebagai Chun Sung Hee
  • Song Ok Sook sebagai Noh Bang Shil
  • Lee Sun Bin sebagai Ji Mi Joo
  • Heo Jae Ho sebagai Jang Hak Joo
  • Go Gyu Pil sebagai Jung Ja Wang
  • Ahn Nae Sang sebagai Chun Gap Soo
  • Oh Man Suk sebagai Park Duk Bae
  • Oh Dae Hwan sebagai Ma Jin Suk

Squad 38 (TV2) | Sinopsis Drama Korea

Sinopsis Drama Squad 38

Mengetengahkan kisah pasukan petugas khas yang berusaha sama dengan pihak berkuasa polis dan penjenayah untuk menangkap penjahat. Menariknya drama ini mengangkat latar belakang kehidupan seorang pegawai pemerintahan pengutip cukai. Mungkin dalam kalangan orang biasa kurang arif tentang selok belok pekerjaan mengutip cukai.

Justeru drama ini mengajak penonton menyaksikan perjuangan wira tak didendang berjuang untuk mendapatkan cukai daripada pihak yang sepatutnya dan berkelayakan membayar cukai meskipun hakikatnya tugas mengutip cukai jadi mudah bila mendapat kerjasama daripada pihak terlibat.

Aksi penipuan di drama Squad 38 digunakan untuk mendapatkan cukai daripada ahli perniagaan yang kaya raya. Namun pada masa sama golongan ini culas untuk membayar cukai seperti yang ditetapkan.

Pada awalnya, Baek Sung-il lakonan mantap Ma Dong-seok tidak pernah terpikir untuk menjadi seorang penipu. Tapi, dia kemudiannya tiada pilihan lain. Hanya itu satu-satunya cara untuk membuat mereka membayar cukai.

Ini sebenarnya ditentang oleh Cheon Sung-hee yang dibintangi oleh Sooyoung, kerana ia sangat mengenal Jeong-do, watak seorang penipu profesional lakonan aktor terkenal Seo In-guk. Apatahlagi dia juga pernah menjadi mangsa penipuan lelaki itu.

Namun pada akhirnya, Sung-hee merelakan tindakan diambil ketuanya itu. Malah kadang kala dia turut membantu tugasan Baek Sung-il, walaupun dia menyedari bakal berdepan risiko menderita sekiranya penipuan itu berhasil. Apatahlagi tindakannya itu berdepan risiko besar terkait dengan ayahnya sendiri, yang merupakan Datuk Bandar Seowon.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments