Movie Review | The Bad Guys: Reign of Chaos (2019)

The Bad Guys: Reign of Chaos

Title : The Bad Guys: Reign of Chaos
Country : South Korea
Director : Son Yong Ho
Screenwriter : Han Jung Hoon, Park Su Jin
Release Date : 11 September 2019
Duration : 1 hour 54 minutes
Network : Netflix
Cast : Kim Sang Joong, Ma Dong Seok, Jang Ki Yong, Kim Ah Joong, 
Kim Hyuk Mook, Lee Jae Yoon, Kang Ye Won, Park Wong Sang

Dalam The Bad Guys: Reign of Chaos, konvoi polis yang membawa tahanan penjara telah diserang. Semua anggota polis yang bertugas terkorban kecuali Detective Yoo Miyoung (Kang Ye Won) yang cedera parah sehingga koma. ramai tahanan dalam bas tersebut mengambil kesempatan melarikan diri.

The Bad Guys: Reign of Chaos

target penyerang adalah Noh Sang Shik yang merupakan ketua mafia mendakwa dia memiliki buku lejer yang mengandungi maklumat penting. Oleh sebab itu, Noh Sang Shik diserang dalam penjara menyebabakan pihak polis terpaksa memindahkannya ke penjara lain. malangnya maklumat pemindahan Noh SangShik telah bocor menyebabkan konvoi polis diserang.

Ketua Polis Uhm (Kim Hyuk Mook) tak percaya sesiapa so dia seru Detektif Oh Goo Tak (Kim Sang Joon) untuk siasat kes ni secara senyap dan pantas, tak kisah cara apa pun Detektif Oh nak guna asalkan semua tahanan yg terlepas dapat ditangkap.

The Bad Guys: Reign of Chaos

Detektive Oh tubuh pasukan sendiri yg mereka ni semua ada rekod jenayah antaranya Park Woong Chul (Ma Dong Seok) yg dipenjarakan hampir 30 tahun tapi dibenarkan keluar untuk bantu Detective Oh. Park Wong Chul ni bukan mafia tapi kalau sebut nama dia semua gangster cabut lari. dia dipenjara disebabkan setia dengan kawan dia.

selain itu ada Go Yoosung (Jang Ki Yong), bekas detektif yg dipenjarakan atas tuduhan menyerang dan membunuh dan juga Jessica (Kim Ah Joong) seorang penipu yg berjaya.


bukan senang nak jejak Noh Sang Shik ni sebab dia lari dengan tahanan yg pakar sembunyi dan lari dari pihak polis. dari seorang ke seorang baru mereka dapat jumpa.

bila mereka hampir berjaya tamatkan misi, tak sangka ada puak yg cuma nak gunakan mereka untuk kepentingan diri sendiri dan bunuh mereka untuk tutup mulut. Detective Oh bersama geng dia sepakat nak selesaikan kes ini dengan tangkap dalang sebenar yg cuba bersembunyi di sebalik organisasi yg wujud.


Sebelum filem The Bad Guys: Reign of Chaos keluar, dah ada dua drama siri Bad Guy iaitu Bad Guy (2014) dan Bad Guy: City of Evil (2017). since tak tengok drama, tak surelah yg movie ni ada kaitan dengan drama ke tidak tapi ada cameo dari drama yg muncul dalam movie.

antara sebab utama tengok filem ni sebab Ma Dong Seok dan Jang Kiyoung tapi chemistry antara watak utama pun tak begitu kuat. jalan cerita macam hurmm bosan, kadang macam lost apa yg diorang tengah siasat. watak Ma Dong Seok ula lebih banyak guna keganasan daripada akal. pendek cakap filem ini lebih kepada action.

ramai yg cakap drama Bad Guy best. rasanya kena try tengok drama kot tapi itulah dah berkurun sebenarnya nak tengok drama dia tapi selalu lupa..

Post a Comment

16 Comments

  1. Dah tengokk....suami peminat Ma Dong Seok..

    ReplyDelete
  2. action macam tu lah, gaduh dulu baru pikir hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah orang tak sempat nak buka mulut dah kena tumbuk dulu. sabor je lah..hahaha

      Delete
  3. Daripada hari tu masuk dalam list nak tengok. Sampai ke sudah tak tengok lagi😂

    ReplyDelete
  4. sakitnya hati bila tgk genre mcm ni, yg gunakan org utk kepentingan then nak bunuh sbb nak tutup mulut plak, tapi best!!!

    ReplyDelete
  5. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
  6. citer mafia.. hubby mama suka la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. org lelaki memang suka cerita ganas macam ni..haha

      Delete
  7. Kak Sha tengok sebab memang ikut siri Bad Guys.. hehehe.. suka dengan pelakon dan aksi.. jalna cerita, okay2 je.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. kalau ada Ma Dong Seok tak yah ckp lah ceritanya mcm mn hehehe

    ReplyDelete
  9. Macam dah pernah tengok tapi lupa sudah. Tak silap tengok pun sebab ada Ma Dong Seok ni. Mostly cerita dia berlakon best.

    ReplyDelete