Movie Review | Pipeline (2021)


Title : Pipeline
Country : South Korea
Director : Yoo Ha
Screenwriter : Kim Kyung Chan
Release Date : 26 May 2021
Duration : 1 hour 48 minutes
Cast : Seo In Guk, Lee Soo Hyuk, Eum Moon Suk, Yoo Seung Mok, 
Tae Hang Ho, Bae Da Bin, Bae Yoo Ram, Ji Dae Han


Korea mempunyai sistem pipeline bawah tanah sepanjang 1200 km untuk mengangkut gasoline. ada juga pihak yg mengambil kesempatan membuat duit dengan drill pipeline tersebut untuk mencuri minyak.

bukan calang-calang orang yg boleh buat kerja siphon oil, salah tebuk habis meletup kawasan tersebut. lagi satu pipeline di korea juga ada sistem yg bagus bila mereka boleh detect kawasan yg tekanan minyak kurang jadi ada team yg akan periksa sama ada disebabkan oleh kebocoran atau kerja pencuri.

Kang Se Dol (Seo In Guk) juga dikenali sebagai Drill-bit antara pakar dalam membuat kerja siphon oil dan upah yg diterima juga lumayan. macam tak hairan bila dia boleh beli banyak barang berjenama dan kereta mewah.


Suatu hari, Kang Se Dol dapat tawaran daripada Hwang Gun Hoo (Lee Soo Hyuk), kerja kali lebih mencabar bila dia kena drill dua pipeline untuk dapatkan minyak yg lebih banyak dan bayaran yg ditawarkan juga lebih lumayan.

Kang Se Dol menjadi ketua untuk kerja tersebut dan dibantu oleh Jung Woo Sung (Eum Moon Suk), Na Choon Shik (Yoo Seung Mook), Park Gap Sung (Tae Hang Ho) dan Song Eung Joo (Bae Da Bin).

Mereka menjadikan sebuah hotel sebagai tempat mereka mengali untuk mencari pipe dibawah tanah. Hwang Gun Hoo juga mengenakan syarat tiada siapa yg boleh meninggalkan tempat tersebut selagi kerja mereka belum selesai dan wang pendahuluan juga telah diberikan.


Pada mulanya, hubungan mereka tak lebih dari rakan sekerja dan masing-masing ada kat situ juga atas sebab duit. selepas insiden terowong yg mereka gali runtuh, baru hubungan mereka berlima bertambah rapat.

Suatu Hari Chief Na buat permintaan pada Se Dol untuk pergi ke hospital kerana isterinya akan dibedah. disebabkan sebelum ini Jung Woo Sung pernah tertangkap kerana cubaan melarikan diri, Se Dol tak ada pilihan bila dia terpaksa menggali lubang untuk mencari jalan keluar tapi rancangan mereka dapat ditangkap oleh Hwang Gun Hoo.

Kang Se Dol tak puas hati apabila Hwang Gun Hoo melayan mereka seperti hamba abdi dan dia tahu Hwang Gun Hoo akan bunuh mereka sebaik sahaja selesai  kerja tersebut. Kang Se Dol dan yg lain berjaya melarikan diri dan mereka perlu mencari jalan untuk membalas dendam dan memperdayakan Hwang Gun Hoo.


jalan cerita Pipeline nampak menarik juga sebab kalau kat Malaysia banyak dengar kes curi kabel tnb, jarang pula dengar orang curi minyak macam ni tapi dengan hasil lumayan tak mustahil ada kes macam ni.

first half agak bosan juga sebab banyak tunjuk macam mana mereka buat kerja curi minyak ni. bila masuk part Kang Se Dol dan geng dia nak balas dendam pada Hwang Gun Hoo nampak bertambah menarik sikit. overall ok la jalan ceritanya, tengok movie ni pun sebab Seo In Guk sebenarnya..hehe

Post a Comment

8 Comments

  1. waaahhhh, bertemu lagi In Guk dengan Soo Hyun oppa dalam movie ni. Okay, mana nak tengok? Masuk wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tengok kat asianload, dramacool ada juga kot..

      Delete
  2. Movie ni menarik. ada komedi dan suspen. Hujung hujung berjaya balas dendam salurkan air bukan minyak.

    ReplyDelete
  3. ada nampak di iQiyi...bolehlah masuk list...

    ReplyDelete
  4. SIN & LSH checked! not bad, kelakar pun ye hahaha

    ReplyDelete