Rengkat (TV3) | Review Telefilem

Rengkat (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Rengkat
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3
Tayangan : 4 Mei 2019
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Aprena Manrose, Nur Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam

SINOPSIS:
Rais yang terdesak dan gagal mencari kerja halal terjebak menjadi peragut bersama Bard untuk menampung keluarga. Anaknya Indah yang tidak boleh bercakap dan rengkat kakinya menjentik hatinya.

Rengkat (TV3) | Review Telefilem

Rengkat mengisahkan Rais (Shukri Yahaya) yang bekerja sebagai despatch hidup sederhana menyara kehidupan isterinya, Yani (Aprena Manrose) dan anaknya Indah (Nur Emeerlda) yang bisu dan rengkat kerana kemalangan jalan raya.

Suatu hari, Rais dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat dan diberhentikan kerja oleh majikannya. Rais terdesak untuk mendapatkan duit bagi membeli keperluan keluarganya, hal ini menyebabkan Rais memilih untuk meragu tsetelah dipengaruhi oleh Bard (Syazwan Zulkifly).

Rengkat (TV3) | Review Telefilem

Pertemuan Rais dan Bard berlaku secara tidak sengaja ketika motor syarikat Rais hilang dan Bard tolong menghantarnya ke tempatnya yang dituju. Bard kemudian baru menyedari Rais adalah rakan sekolahnya dulu dan dia merancang mahu membalas dendam kerana Rais pernah membuli dan memukul sehingga Bard cedera di kaki sehingga cacat kekal.

Bila tahu kehidupan Rais susah dengan anaknya yang rengkat, Bard yang bekerja sebagai peragut mengajak Rais untuk meragut bersamanya dan berkongsi duit dari kerja haram tersebut.

Rais merahsiakan daripada Yani yang dia sudah diberhentikan kerja dan selalu memberi pelbagai alasan apabila selalu pulang lewat. Walau bagaimnapun, Indah seperti tahu yang Rais melakukan kerja haram menunjukkkan protes terhadap bapanya. Adakah Rais menyedari perubahan Indah berkaitan dengan dirinya?

Rengkat (TV3) | Review Telefilem

telefilem Rengkat nak beritahu manusia sanggup melakukan apa sahaja bila terdesak tapi sebenarnya Rais ada pilihan kalau dia dia bincang dengan isterinya Yani, ini tidak semua nak simpan sendiri kononnya pengaruh rakan sebaya sampai sanggup meragut orang.  kata Yani pandai masak, kenapa tak cuba berniaga dari rumah, banyak pilihan yang ada sebenarnya kalau suami isteri sepakat.

penat tengok watak Yani, tak habis pasrah dengan keadaan. bila suami tengah runsing kau cakap suami kau rileks, bila suami pulang lewat dituduhnya simpan perempuan pastu menyesal pastu minta maaf. eh penatlah menghadap drama macam ni.

boleh faham kenapa Bard begitu berdendam dengan Rais tapi part yang dia hasut budak-budak sekolah suruh buli Indah nampak sangat si Bard tak berapa cerdik dan tak matang. patutlah life dia sedih sebab tak pernah berusaha untuk mengubah kehidupannya, asyik nak salahkan orang sahaja.

tak puas hati dengan ending dia, memanglah Bard terima balasan dia dan Rais pun sudah insaf dan bertaubat dengan dosa dia. tapi macam tu sahaja pengakhiran Rais? habis macam mana nasib dengan mangsa yang diragut sampai cedera parah langsung tiada keadilan buat mereka, tak rasa nak menyerah diri ke balai polis ke?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments