Korban Penunggu Hospital (Astro Citra) | Review Telefilem

Korban Penunggu Hospital (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem : Korban Penunggu Hospital
Produksi : MS Digital Studio Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Tayangan : 20 Oktober 2018
Durasi : 1 jam 30 minit
Genre : Seram, Thriller
Pelakon : Aprena Manrose, Kodi Rasheed, Jaa Suzuran, Andi Bernadee, Fatin Afeefa, Fauziah Latiff

Sinopsis :
Lima sekawan bermain sebuah permainan bernama Turut Perintah Bakawali di sebuah hospital tinggal. Seorang demi seorang diragut nyawa ketika bermain permainan tersebut.

Korban Penunggu Hospital (Astro Citra) | Review Telefilem

Korban Penunggu Hospital kisahnya lima sekawan yang suka bet main benda pelik-pelik. Suatu hari, Syakir (Jaa Suzuran) suggest kepada mereka untuk main permainan seram di sebuah hospital terbiar.

Sebelum pergi, Syakir bercerita mengenai kisah jururawat bernama Dewi Kusuma yang mengamalkan ilmu hitam. kononnya jikalau ada seseorang yang mengikut permintaannya, Kusuma akan menunai hajat orang tersebut.

bagi mereka, kisah yang Syakir beritahu tu mengarut tapi masing-masing nak juga pergi hospital terbiar tersebut, yang akhirnya berlaku tragedi apabila seorang demi seorang dari  mereka mati. 

Korban Penunggu Hospital (Astro Citra) | Review Telefilem

Dari plot cerita, telefilem ni agak flat sebab elemen kejutan atau plot twist kurang menjadi bila dari awal lagi dah tunjuk Mia (Aprena Manrose) pernah terjumpa Dewi Kusuma. waktu ni, Mia tengah terdesak dan risau bila doktor beritahu adiknya yang mempunyai kanser sudah tiada harapan untuk hidup.

dari cerita Syakir, Mia teringat pasal Kusuma yang dia pernah jumpa waktu kecil dahulu tanpa sedar Mia seru nama Dewi Kusuma sebab dia nak selamatkan adiknya.

after that, mereka pergi ke bangunan tersebut dan tragedi berlaku. memanglah Mia tu nampak baik giler tapi sebab penulis dari awal lagi dah tunjuk Mia ada kaitan dengan Kusuma memang automatik dah boleh teka siapa punya kerja.

Review Telefilem | Korban Penunggu Hospital (Astro Citra)

selalunya citer seram mesti klise tengok sekumpulan remaja buat benda-benda bodoh. dalam Korban Penunggu Hospital, boleh nampak budak berlima ni sengaja cari penyakit dan pendek akal dengan Syakir dari mana ntah dapat idea buat permainan seru hantu tu sebab selalunya orang main spirit coin.. 

game dalam bangunan nampak sangat macam baru setting tapi itulah sebab masing-masing pendek akal ingatkan Syakir buat prank, mereka layankan saja yang akhirnya membawa padah.

lepas tu yang Mia ni seriusly aku tak faham, dah tahu adik kau sakit tenat tapi ada masa lagi nak melepak buat benda tak faedah dengan geng dia. cubalah pergi sembahyang berdoa, terima qada dan qadar. ini tak macam orang tak beriman jadikan kawan-kawan kau sebagai kambing hitam buat perjanjian dengan setan. last sekali diri sendiri juga kena game dengan Kusuma.

Review Telefilem | Korban Penunggu Hospital (Astro Citra)

elemen seram dalam telefilem ni menjadi, ada scene yang Kusuma korek biji mata sendiri aishhh seram dan ada lagi benda extreme yang dia buat, seriusly aku tak boleh tengok scene tu sebab rasa nak termuntah. 

tapi itulah tak tahu apa motif dia buat macam tu, aku ingat dia nak minta tolong dengan setan untuk ghaibkan diri lepas kena kejar dengan polis tapi tak juga. cuma last tu jasad dia hilang juga sebab dah langgar pantang larang sebab tu dia minta kat Mia suruh bagi bahagian diri dia yang hilang.

so overall, seram tapi jalan ceritanya kurang bijak, watak-watak yang ada kurang bijak dan hantu pun kurang bijak. kesimpulannya sila cari kawan yang cerdik dan boleh buat kerja faedah sikit

Post a Comment

0 Comments