Jack Yusof (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Jack Yusof (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Jack Yusof
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza, Zuli Ismail
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 26 Jun 2023
Episod : 8
Durasi : 47 minit
Pelakon : Rosyam Nor, Sharifah Husna, Raja Emma, Rashidi Ishak, Adriana Adnan, Fadlan Hazim, Loganathan, Hafiz Halim, Samsuri Shahrom, Syed Muhammad Baqir, Angeline Tan, Sarimah Ibrahim

SINOPSIS:
Apabila pelakon terkenal, Jack Yusof berpindah ke sebelah rumah anak perempuannya untuk berdamai, kehidupan jiran sekampung mula kucar-kacir.

Astro Originals kembali dengan siri terbaru yang mengisahkan Jack Yusof (Rosyam Nor), seorang pelakon terkenal yang berusia 52 tahun tidak menyedari dia mempunyai seorang anak perempuan dan terkejut dengan kemunculan Aida (Sharifah Husna) yang mendakwa anak perempuannya dan meminta Jack menjadi wali untuk pernikahannya.

Jack Yusof (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Walaupun kaya dan mempunyai ramai peminat, Jack sebenarnya hidup dalam kesunyian. Isteri barunya, Suzy (Adriana Adnan) lebih gemar bercuti bersama kawan-kawan, hal ini membuatkan Jack terpaksa membayar gaji lebih masa kepada pekerjanya kerana mahu mereka menemaninya.

Jack terkejut dengan kemunculan Aida, pada awalnya Jack menyangka Aida muncul kerana mahu menuntut wang daripadanya menyebabkan Jack melayan Aida dengan dingin dan tidak mahu menjadi wali anaknya.

Jack Yusof (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Jack dan Salina (Raja Emma) bercerai kerana Jack curang dengan perempuan lain, Salina kemudiannya berkahwin dengan Rahmat (Rashidi Ishak) dan mempunyai anak lelaki bernama Firdaus (Syed Muhammad Baqir). Salina selalu tertangguh untuk memberitahu Aida mengenai bapa kandungnya menyebabkan Aida menyangka bapanya telah meninggal dunia.

Pada hari pertunangannya dengan Zain (Hafiz Halim), Aida terkejut apabila mengetahui bapa kandungnya masih hidup dan bapanya adalah Jack Yusof seorang pelakon terkenal. Salina mencadangkan mereka menggunakan wali hakim tapi hukum tetap hukum, Salina perlu berjumpa dengan Jack Yusof untuk meminta lelaki itu menjadi walinya.

Jack Yusof (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Semuanya berubah apabila Jack melawat rumah Aida, waktu itu baru dia merasai perasaan hidup berkeluarga. Jack berjanji untuk menjadi wali Aida dan melawat Aida setiap minggu. tapi kebetulan pula Jack ternampak rumah kosong sebelah rumah Aida lalu membuat keputusan berpindah ke situ untuk memperbaiki hubungannya dengan Aida.

Tindakan Jack tesebut menyebabkan kampung tersebut menjadi kecoh apabila mereka tahu Jack berpindah ke situ. Salina juga tidak puas hati dengan keputusan yang diambil Jack. Adakah Jack dapat mengambil hati Aida dan menjadi bapa yang baik untuk anaknya?

Jack Yusof (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Dalam usaha Jack untuk memperbaiki hubungannya dengan Aida, dia berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan belajar erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan. Siri ini meneroka dinamik sistem keluarga, pertumbuhan peribadi, dan keampunan.

Saksikan drama siri premium, Jack Yusof bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments