Saka Ke Ni? (TV9) | Sinopsis Telefilem

Saka Ke Ni? (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Saka Ke Ni?
Produksi : Creative Solution Sdn Bhd
Pengarah : Nazir Jamaludin
Penulis Skrip : Jo Sidek
Siaran : TV9
Tayangan : 12 Mei 2023
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Pelakon : Anas Ridzuan, Bell Ngasri, Pyan Kepoh, Ruminah Sidek

Saksikan telefilem komedi Saka Ke Ni? yang akan ditayangkan semula pada 12 Mei ini, hari jumaat jam 8.30 malam di slot Skrin Di 9 TV9.

Saka Ke Ni? (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Saka Ke Ni?

Mengisahkan Man, Din dan Usop yang buntu untuk menyara kehidupan mereka kerana masing-masing mengganggur.

Suatu hari, Man bergurau untuk menculik seorang ahli keluarga kaya namun Din dan Usop mengambil serius perkara tersebut sehingga mereka bertindak menculik seorang nenek tua bernama Mak Jah yang berada di dalam sebuah kereta mewah.

Mereka bertiga membawa Mak Jah ke sebuah rumah usang yang berada di pinggir hutan lalu menelefon ahli keluarga Mak Jah untuk meminta wang tebusan.

Apa yang mereka tidak ketahui adalah Mak Jah hanyalah orang gaji dan menyamar sebagai nenek kepada keluarga kaya tersebut untuk mengelakkan identiti sebenarnya diketahui oleh Man, Din dan Usop. 

Apakah yang berlaku seterusnya, berjayakah mereka mendapatkan tebusan melalui penculikan Mak Jah?

Post a Comment

0 Comments