Isteri Misteri (TV3) | Sinopsis Drama

Isteri Misteri (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Isteri Misteri
Produksi : Primework Studio Sdn Bhd
Pengarah : Esham Shahlin
Siaran : TV3/ Viu Original
Tayangan Asal : 25 November 2020
Episod : 10
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azar Azmi, Azira Shafinaz, Qistina Raisah, Damia Danisha, Umar Shakur

Sinopsis Drama Isteri Misteri

Mengisahkan Rizal (Sharnaaz Ahmad) yang mempunyai dua orang isteri iaitu Emma (Tiz Zaqyah) dan Yatie (Sharifah Sakinah) namun kedua-dua isterinya tidak tahu diri mereka telah dimadukan.

Rizal selalu rasa terabai apabila Emma sibuk menguruskan hal anak-anak dan perniagaan online manakala isteri keduanya, Yati pula langsung tidak boleh berenggang sehingga Rizal berasa rimas.

Isteri Misteri (TV3) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Rizal bermimpi dirinya dibunuh tapi tidak tahu siapa yang mahu membunuhnya. Kebetulan pula Rizal terjumpa seorang bomoh yang memberitahu bahawa Rizal akan dibunuh oleh isterinya. Persoalannya antara Emma dan Yatie, siapa yang mahu membunuhnya?

Namun hal tersebut tidak menghalang Rizal untuk meneruskan rancangannya berkahwin dengan Lisa (Azira Shafinaz) di Golok. Bagi Rizal, Lisa adalah wanita yang sempurna untuk dirinya dan juga cinta matinya kerana Rizal rasa begitu dicintai dan disayangi apabila bersama dengan Lisa.

Isteri Misteri (TV3) | Sinopsis Drama

Rizal mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Jun (Azar Azmi) yang ditugaskan untuk menyusun jadual Rizal dan dalam masa yang sama juga cover soal peribadi Rizal termasuk menguruskan isteri-isteri majikannya supaya rahsia Rizal tidak terbongkar..

Dengan bantuan Jun, Rizal perlu menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa isteri tapi antara Emma, Yatie dan Lisa, siapa yang mempunyai niat mahu membunuh Rizal?

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments