Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3) | Sinopsis Drama

Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Bukan Hanya Sekadar Cinta
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 24 Mei 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
OST/ Lagu Tema : Dia Penggantimu (Nadeera)
Pelakon : Sofia Dendroff, Ismail Izzani, Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Afifah Nasir, Izzendra Ariffin, Hafizuddin Fazil, Laura Olivia, Ahmad Syafiq, Nur Farisha Amira, Azeva Natassha

Saksikan Bukan Hanya Sekadar Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 24 Mei 2023, setiap isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam menggantikan drama Kerasnya Takdir.

Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3) | Sinopsis Drama

Bukan Hanya Sekadar Cinta sebuah drama adaptasi novel karya Emma Mariam yang diterbitkan oleh A. Aida Production dengan arahan sutradara Riza Baharudin dan skrip ditulis oleh Rehal Nuharis.

Dibintangi oleh Sofia Dendroff seorang pelakon asal Singapura yang memegang watak sebagai Indah Kamelia, Ismail Izzani sebagai Isa Rafael, Muaz Zabir sebagai Ilan Rafzan, Danielle Sya sebagai Anne, Syamim Farid sebagai Lisa, Liza Abdullah sebagai Dahlia, Afifah Nasir sebagai Fatimah, Izzendra sebagai Jannah, Laura Olivia sebagai Khadeeja dan ramai lagi.

Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Selepas ditinggalkan oleh Ilan Rafzal, Kamelia kembali ke kampung halamannya di Terengganu di mana dia bertemu dengan seorang lelaki misteri, Isa Rafael yang kelihatan pekak dan bisu.

Isa mendengar setiap keluhan yang disampaikan Kamelia di mana mereka berkomunikasi melalui nota di dalam buku nota. 

Suatu hari, Kamelia dipanggil ke KL kerana kecemasan di mana dia terkejut apabila dipaksa berkahwin dengan Isa Rafael yang akhirnya didapati bukan pekak atau bisu.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments