Review Drama | Bunga Aku Tunggu (TV3)

Review Drama | Bunga, Aku Tunggu (TV3)

Drama : Bunga, Aku Tunggu
Produksi : Wira Nusa Corporation
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 17 Mei 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 13
OST/ Lagu Tema : Misteri (Hazama)
Pelakon : Nelydia Senrose, Beto Kusyairy, Shah Iskandar, Afifah Nasir, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Reen Rahim, Razzuan Rosli, Abil Qamaruzaman, Norlia Ghani, Saifullah Ghazali

SINOPSIS
Kamal dikenali sebagai seorang yang bekerja keras dan rajin membantu rakan sekerjanya di pejabat. Segalanya berubah apabila Kamal berkenalan dengan pekerja baharu iaitu Bunga. Perasaan suka Kamal terhadap Bunga sangat mendalam sehingga Kamal sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikan Bunga miliknya. Berjayakah Kamal menawan hati Bunga demi mengejar "cinta sejati"?

Review Drama | Bunga, Aku Tunggu (TV3)

Slot Samarinda kembali dengan drama terbaru Bunga, Aku Tunggu bertemakan cinta, misteri dan psikologi yang diarahkan oleh Along Kamaludin dan nukilan skrip dari Adza Emie diterbitkan dibawah syarikat Wira Nusa Corporation.

Dibintangi oleh Nelydia Senrose yang memegang peranan sebagai Bunga, Beto Kusyairy sebagai Kamal, Shah Iskandar sebagai Ari, Afifah Nasir sebagai Juita, Reen Rahim sebagai Haura, Atiq Azman sebagai Arjuna, Azhar Sulaiman sebagai Syukri, Kuza sebagai Maria, Razzuan Rosli sebagai Adam dan ramai lagi.

Review Drama | Bunga, Aku Tunggu (TV3)

Bunga, Aku Tunggu mengisahkan Bunga seorang graduan Masscomm yang mengganggur kemudian bekerja di syarikat IT milik kenalan rapat bapanya. Bunga menghadapi masalah untuk melakukan kerjanya kerana berbeza bidang dan masalah utama bila pekerja di situ melayannya dingin kerana tahu Bunga bekerja di situ menggunakan orang dalam.

Baru beberapa hari bekerja, Bunga telah melakukan kesilapan besar menyebabkan dia dibuang kerja. Waktu tengah bersedih tiada orang terdekatnya yang peka dengan situasi Bunga sehinggalah Bunga bertemu Kamal yang juga rakan sekerjanya yang sudi mendengar luahan hatinya.

Review Drama | Bunga, Aku Tunggu (TV3)

Watak Bunga agak naif sampai tangkap teman lelaki dia, Ari mesra dengan perempuan lain pun boleh percaya lagi apa yang Ari cakap. 

Kamal pula dari luarannya nampak baik dan sweet, tapi watak dia aishhh sesuatu sangat. time teman Bunga menyempat lagi dia curi telefon Bunga, risau sis bila watak ni akan berubah jadi obses dan psiko.

Review Drama | Bunga, Aku Tunggu (TV3)

Mesti ramai tertunggu-tunggu nak tengok drama ni disebabkan Beto. Selain daripada barisan pelakon yang hebat ada kelainan juga dari jalan ceritanya apabila watak Kamal menyukai Bunga tapi perasaan tersebut kemudiannya berubah menjadi satu obsesi sehingga Kamal sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga.

Baca juga : 
Adakah Kamal dapat memilik Bunga? Nak tahu jawapannya kenalah tengok sendiri Bunga, Aku Tunggu sampai habis. kalau tak sempat tengok di tv boleh juga tonton drama Bunga, Aku Tunggu.

Post a Comment

0 Comments