Review Telefilem | My Future Husband (Astro Citra)

Review Telefilem | My Future Husband (Astro Citra)

Telefilem : My Future Husband
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Faizal Nadxaman
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 20 Mac 2021
Durasi : 1 jam
Pelakon : Mira Filzah, Sean Lee, Malek Mccrone, Amy Mastura, Nelissa Nizam, Mahmud Ali Basha, Rozita Che Wan

My Future Husband mengisahkan Emily (Mira Filzah) yang berjaya dalam kerjaya dan bahagia dengan kekasihnya, Noh (Malek Mccrone) tapi selepas 7 tahun hubungan mereka masih lagi tiada tanda untuk ke jinjang pelamin.

Review Telefilem | My Future Husband (Astro Citra)

Ini semua gara-gara Noh yang rasa tak selesa dengan ibu Emily, Dato Maznah (Amy Mastura) yang secara terang-terangan tidak suka dengan dirinya. Emily membuat satu rancangan supaya Dato Maznah dan Noh berbaik malangnya berakhir dengan pergaduhan besar sampai Dato Maznah suruh Emily pilih sama ada dirinya atau Noh.

nampak perangai Dato Maznah macam annoying bila cuba putuskan hubungan Emily dan Noh tapi ibu mana yang tak sayang anak, Dato Maznah buat macam ni sebab dia banyak dengar gosip buruk tentang perangai buaya darat si Noh. Emily pula mana nak nampak semua itu bila cinta punya pasal.

Review Telefilem | My Future Husband (Astro Citra)

Suatu hari, Emily terkejut bila seorang lelaki muncul di rumahnya sebaik terjaga dari tidur yang memperkenalkan dirinya sebagai Atta (Sean Lee), suami Emily dari masa depan. sudah tentu Emily tak percaya dan tuduh yang Atta ni diupah oleh ibunya.

Emily percaya Atta dari masa depan selepas Atta beritahu rahsia dirinya yang tiada siapa tahu dan tak beberapa lama kemudian mereka boleh menjadi kawan. Walaupun Atta memberitahu yang dia suami Emily pada masa depan tapi Emily tetap juga percaya yang Noh adalah jodohnya.

Review Telefilem | My Future Husband (Astro Citra)

kemunculan Atta ni satu misteri juga sebab Atta tak habis cakap dia nak ubah something sebelum semuanya terlambat. ada tragedi ke yang berlaku dalam kehidupan mereka di masa hadapan? yang itu kena cari sendiri jawapannya dalam kisah My Future Husband.

konflik dalam drama ni tak adalah something yang fresh sangat sebab dah boleh teka perangai Noh dan Kiki (Nelissa Nizam) tu macam mana. cuma dia tak klise sebab ada selit fiksyen sikit dengan plot Atta yang datang dari masa depan.

Mira Filzah dan Sean Lee pernah bekerjasama dalam drama Sweet Dream sebelum ini jadi nampak chemistry menarik antara mereka. so overall, sis terhibur melayan cerita My Future Husband.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments