Taxi Driver Season 2 (2023) | Review Drama Korea

Taxi Driver Season 2 (2023) | Review Drama Korea

Title : Taxi Driver 2
Director : Lee Dan
Screenwriter : Oh Sang Ho
Network : SBS/ VIU
Release Date : 17 February 2023
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Action, Thriller, Crime
Cast : Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin, Bae Yoo Ram, Shin Jae Ha

SYNOPSIS:
Despite disbanding after Do Gi's successful revenge, the Rainbow Deluxe Taxi crew, including Seong Cheol, Go Eun, Gyeong Gu, and Jin Eon, can't resist the call to reunite with their former leader. Though each attempts to live a regular life with a typical job, their innate desire to fight against injustice draws them back to one another. The group even welcomes a new member, a kind-hearted but clumsy young man named On Ha Jun, who stumbles upon the secret basement of Rainbow Taxi. 

Now fighting for more clients than ever before, the crew continues to battle on behalf of those wronged by an unequal society. However, their work draws the attention of a mysterious organization, which makes its presence known by killing one of Do Gi's targets before disappearing without a trace. As they try to uncover the organization's identity and motives, the Rainbow Taxi crew faces their toughest challenge yet.


Taxi Driver Season 2 (2023) | Review Drama Korea

Selepas pasukan Deluxe Taxi dibubarkan, masing-masing membawa haluan sendiri. Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin) menjadi anggota polis, Park Jin Eon (Bae Yoo Ram) bekerja sebagai saintis dan Choi Kyun Goo (Jang Hyuk Jin) bekerja di bahagian automotif. 

Namun dalam diam, Director Jang Sung Chul (Kim Eui Sung) masih lagi menjalankan misi Deluxe Taxi bersama Kim Do Gi (Lee Je Hoon) untuk membantu mereka yang ditindas. Misi kali ini lebih sukar apabila melibatkan graduan yang ditawarkan bekerja di luar negara tapi sebenarnya mereka dipaksa membuat sistem berkaitan penjudian.

Kes kali ini agak sukar buat Kim Do Gi untuk selesaikan kes di Vietnam ditambah pula tiada yang backup dia selain Director Jang yang slow sikit untuk handle sistem komputer. 

Go Eun, Jin Eon dan Kyung Goo dapat tahu tentang kes kali ini kembali untuk membantu Kim Do Gi dan Director Jang. Mereka bertiga kemudiannya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan kembali semula ke Deluxe Taxi kerana mahu membantu mangsa yang memerlukan bantuan mereka untuk membalas dendam.

Taxi Driver Season 2 (2023) | Review Drama Korea

Kes di Vietnam berakhir dengan misteri juga bila dalang di sebalik sindiket yang hampir ditangkap oleh Kim Do Gi ditembak oleh seseorang. kiranya ada satu organisasi besar yang uruskan semua sindiket kerja haram. Team Deluxe Taxi tak sedar juga mereka sudah menjadi target organisasi ini.

Selain itu, kes musim kedua ini melibat warga emas yang menjadi mangsa penipuan, penindasan kanak-kanak, ajaran sesat dan juga kes melibatkan doktor yang menggunakan khidmat orang luar yang tiada pengetahuan medik untuk menggantikan tempat mereka melakukan pembedahan atau dikenali juga sebagai ghost doctor.

Kemuncaknya apabila team Deluxe Taxi dapat kes berkaitan Black Sun Club, yang terlalu kebal dan ada pihak polis yang bersekongkong untuk memastikan urusan kelab ini tidak dapat diganggu. kes ni macam cover kes Seungri dengan skandal kelab Burning Sun pun ada juga.

Taxi Driver Season 2 (2023) | Review Drama Korea

Musim pertama, jalan cerita lebih dark dan menarik. setiap kes yang mereka handle bagi impak besar dari segi emosi dan objektif nak membalas dendam tercapai terutama sekali hukuman pada penjahat yang menghancurkan kehidupan orang lain. 

Musim kedua ni jalan cerita menarik juga tapi tak bagi impak macam first season maybe lebih banyak komedi dan lebih fokus kepada Kim Do Gi sebagai hero. aku tak suka sangat back story pasal penjahat dia sebab nampak sangat psiko pastu kat hujung nak buat cerita sedih nak bagi kita kesian kat dia pula.

Honestly aku prefer musim pertama, musim kedua ni not bad juga sebenarnya masih lagi menarik cuma dia tak bagi impak besar macam first season .

Post a Comment

0 Comments