Title : Rak Rai (Bad Love)
Director : Paoon Jansiri
Screenwriter : Wattana Weerayawattana
Network : GMM One
Aired : 20 March 2023
Episoded : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Mai Davika, Jes Jespipat, Mew Suppasit, Mam Kathaleeya, Lily Pantila, Nana Sawanya, Jazzy Chewter, Pompam Niti
SYNOPSIS:
Wenika is a young woman who has managed to rise above her middle-class beginnings. She has established her cosmetic brand with the help of her best friend, Maynee and boy best friend, Banthao. However, when she yearns to grow and expand her business, Thirakit, a young investor from Malaysia comes into her life and is ready to invest. This is everything Wenika has been looking for.Thirakit is the young playboy who slept with and dumped her best friend, Maynee. He's also mysterious and showing likeness for Wenika and what's worse he seems to be plotting to take over Wenika's company with his 'aunt.'
Drama thailand banyak sangat tajuk sama sampai confuse juga aku sebab sebelum ini ada drama tajuk Rak Rai juga so ingatkan drama ni remake, bila check balik tak sama langsung jalan ceritanya tapi tema dia sama je pasal revenge.
Rak Rai mengisahkan Wenika (Mai Davika) yang kehilangan ayahnya sewaktu sekolah dan sejak itu dia berusaha mencari duit dengan menjual pelbagai barang secara online sehingga akhirnya berjaya mengeluarkan produk skincare jenamanya sendiri.
Wenika dibantu oleh kawan baiknya, Maynee (Lily Pantila) yang menjadi tulang belakang dalam jatuh bangun bisnes dia. Apabila Wenika establish produk dia, ada artis terkenal tolak jadi duta sampai siap mengutuk produk dia yang sebelum ni jual online dan cakap local brand tak boleh pergi jauh. last sekali Wenika yang duta untuk produk sendiri dan berjaya buktikan yang produk dia juga boleh pergi jauh.
Tapi syarikat Wenika masih lagi baru dan menghadapi masalah dengan kewangan mereka dan muncul Thirakit (Jes Jespipat) yang berminat melabur dalam company dia. tapi banyak masalah dengan Thirakit yang buat Wenika dan Maynee tak selesa untuk bekerjasama.
Masalahnya dengan Thirakit ni dia tak pernah serius dengan perempuan. Thirakit dan Maynee berkenalan dalam dating apps sehingga mereka berdua bertemu apabila Thirakit balik ke Thailand. Kemudian dia mengorat Wenika pula.
Maynee kecewa bila tahu Wenika keluar dengan Thirakit bila confront dengan Thirakit perghhh sakitnya hati sebab muka dia tak bersalah langsung siap cakap dengan Maynee yang hubungan mereka cuma untuk seronok-seronok je kiranya Maynee yang serius ingat mereka bercinta.
Sebenarnya mak cik Thirakit iaitu Dangwad berminat dengan Wenika dan mahu melabur dalam bisnes dia. So boleh nampak Thirakit kena control dengan Dangwad cuma tak tahu apa motif Dangwad target Wenika.
first time aku tengok Jes Jespipat bawa watak jahat sebelum ni semua watak dia baik. seriusly tak berkenan dia bawa watak Thirakit sebab tak ada vibe jahat atau playboy, muka dia alahai nampak innocent betul sampai kadang aku tertanya-tanya betul ke dia jahat.
Mula-mula tu jadi konflik juga antara Wenika dan Maynee bila masing-masing tahu pasal Thirakit. tapi after that Maynee terus move dan warning Wenika jangan dating dengan lelaki macam Thirakit. hubungan mereka pun baik balik.
actually Wenika terjatuh hati dengan Thirakit dari pertama kali mereka bertemu sebab Thirakit ada ciri-ciri yang sama dengan bapanya. bila tahu pasal hubungan Maynee dan Thirakit so dia cuba lupakan Thirakit.
bila Dangwad berminat untuk jadi pelabur dia, Wenika happy sangat tapi alih-alih dapat tahu Thirakit anak saudara Dangwad so nak tak nak dia kena bertemu juga dengan Thirakit. Thirakit pula tak habis-habis dok mengorat dia, rasa-rasanya Wenika akan cair tak dengan Thirakit? Adakah hubungan persahabatan Wenika dan Maynee akan dilanda konflik semula?
masalah Wenika obviously tak reti nak menilai orang, tak tahu siapa kawan siapa lawan dia. Macam time dia nak ambil Jane (Nana Sawanya) jadi intern, Maynee dari awal lagi tak setuju sebab tak suka dengan attitude Jane. last-last sendiri sakit hati bila budak ni jadi batu api dan tak habis menggedik dengan Thirakit.
pastu tak habis puji dan admire giler dengan Dangwad yang banyak bagi inspirasi dia padahal nampak sangat Dangwad cuma suka dia tapi depan Maynee tak habis perli dan complaint cara staff mereka bekerja. pasal Thirakit lagilah ramai dah cakap mamat ni red flag cuma dia buta hati.
Walaupun dah ramai warning dia pasal Thirakit dan fikir baik pasal pelaburan tersebut tapi siap marah Maynee suruh bezakan soal peribadi dan kerja. last-last terus terjerat dengan permainan Dangwad dan Thirakit. sendiri yang cari penyakit.
satu lagi masalah Wenika ni ada masalah dengan management syarikat. buat produk guna bahan berkualiti tapi jual harga murah. nasihat staff tak nak dengar, susah juga bila dapat leader macam ni.
Wenika sebenarnya beruntung sebab selain Maynee dia ada dua lagi kawan baik iaitu Banthao dan Chao yang selalu support dan sudi berkongsi masalah dia. kesian juga dengan Banthao sebab dah lama suka dengan Wenika tapi Wenika cuma anggap dia sebagai kawan baik sahaja.
banyak filem Mai Davika yang best tapi mostly drama macam mehh sebab Mai tak pandai pilih skrip untuk drama. dari dulu aku tengok drama dia tapi sampai pertengahan susah nak masuk dengan jalan cerita dia.
Drama Rak Rai pun sama juga, jalan cerita menarik juga tapi sampai pertengahan cerita, aku nampak watak Wenika dah makin kurang cerdik. aku tak plan pun nak follow drama ni sampai habis cuma aku curious juga apa motif sebenar Dangwad nak balas dendam pada Wenika.
setakat episod yang dah tengok ni apa yang boleh dikomen, plot dia agak messy dan tak clear. aku tak faham drama ni pasal cinta Wenika yang tersakiti atau Dangwad yang nak balas dendam. pastu menyampah pula bila semua perempuan dalam cerita ni tergila-gilakan Thirakit, pastu nak buat Wenika buta hati jatuh cinta dengan Thirakit sedangkan Banthao jauh lebih baik tapi kesian kena friendzone.
Baca juga :
2 Comments
aiyaaaa konflik dari cerita ni sebab heroin yang cari masalah except part dia jadi duta untuk produk sendiri.
ReplyDeletepart dia jadi duta tu i suka juga sebab nampak passion dia tapi bila dia admire sangat dengan Dangwad tu yang punca masalah, senang sangat percaya dengan orang luar.
Delete