Masihkah Ada Raya Buatku (TV9) | Sinopsis Telefilem

Masihkah Ada Raya Buatku (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Masihkah Ada Raya Buatku
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Hafiz Yusuf, Baizura Kahar
Siaran : TV9
Tayangan : 28 April 2023
Masa : Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Fizz Fairuz, Qaseh Shuhada, Hadi Putra, Haeriyanto Hassan

Saksikan telefilem Masihkah Ada Raya Buatku lakonan Nad Zainal dan Fizz Fairuz pada hari jumaat ini, jam 8.30 malam di TV9.

Masihkah Ada Raya Buatku (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku

Mengisahkan Linda yang megalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan lumpuh separuh badan. Semenjak hari itu, kehidupan Linda dan keluarganya mula berubah apabila mereka tidak lagi menyambut hari raya.

Zul memberi tumpuan sepenuhnya menjaga isteri dan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai kerja demi menyara keluarganya.

Apabila masuk bulan ramadan, Linda juga teringin untuk berpuasa seperti dulu namun Zul tidak mengizinkan kerana risau dengan kesihatan Linda. Sehinggakan Zul adakalanya mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak. 

Namun, anak-anaknya yang masih kecil tidak memahami penderitaan yang dialami Zul dan mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun dilarang tegas oleh ayah mereka. Adakah masih ada lagi raya buat Zul dan keluarganya?

Post a Comment

1 Comments

  1. kesian linda terperuk dekat rumah je, 365 hari takde beza langsung

    ReplyDelete