Demi Masa (TV3) | Sinopsis Telefilem

Demi Masa (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Demi Masa
Produksi : Arie Zaharie Production
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan : 25 April 2023
Masa : Selasa | 2.00 Petang
Pelakon : Faizal Hussein, Nadiya Nisaa, Umar Shakur, Ruminah Sidek, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar

Saksikan telefilem Demi Masa pada hari raya keempat, hari selasa pukul 2.00 petang di TV3. Sebuah telefilem arahan Izuan Mokhtar dan skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim diterbitkan di bawah Arie Zaharie Production.

Demi Masa dibintangi oleh Faizal Hussein sebagai Musa, Umar Shakur sebagai Musa, Nadiya Nisaa sebagai Cikgu Laili, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Demi Masa (TV3) | Sinopsis Telefilem
Demi Masa (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Demi Masa 

Mengisahkan Musa yang baru sahaja dilepaskan dari penjara disebabkan jenayah yang dilakukan pada masa lampau. Pelbagai perasaan menghantui hati Musa tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. 

Muhammad sukar menerima Musa sebagai ayah kerana tidak pernah berjumpa dengan Musa sejak kecil lagi. Musa mencuba sedaya upaya untuk mendekati Muhammad namun usahanya gagal.

Perkara ini membuatkan Muhammad menjadikan Cikgu Laili sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Adakah Muhammad dapat menerima kehadiran Musa sebagai ayahnya.


Kasih sang ayah kepada anaknya laksana sang surya yang tak pernah padam tetapi masa dan ketentuan itu hanyalah dariNya. Nantikan kesudahannya dalam telefilem Demi Masa.

Post a Comment

0 Comments