Bara Cinta Ramadan (TV9) | Sinopsis Telefilem

Bara Cinta Ramadan (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Bara Cinta Ramadan
Produksi : SRS Production
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Mazlan Manan
Siaran : TV9
Tayangan : 7 April 2023
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Pelakon : Zamarul Hisham, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Ako Mustapha, Zarina Zainoordin, Roy Azman


Bara Cinta Ramadan (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Bara Cinta Ramadan

Mengisahkan Malik seorang pemandu lori yang hidup ala kadar bersama isterinya, Rozita dan anak-anaknya terpaksa menumpang di rumah ibu mertuanya, Arfah. Malik bukanlah menantu kesayangan Arfah yang suka membeza-bezakan anak menantunya.

Rozita menerima Malik seadanya dan memahami kewangan mereka yang terpaksa hidup ala kadar tidak seperti adiknya, Maznah dan suaminya. Namun lama kelamaan Rozita terpengaruh dengan kata-kata Arfah sehingga memaksa Malik untuk membelikan rantai emas walaupun tahu suaminya tidak mampu.

Walau bagaimanapun, Malik cuba memenuhi permintaan Rozita dan anak-anaknya sebelum menjelang hari raya nanti. Apakah pengakhirannya?

Dibintangi oleeh Zamarul Hisham sebagai Malik, Jasmin Hamid sebagai Rozita, Fauziah Nawi sebagai Arfah, Zarina Zainoordin sebagai Maznah dan Ako Mustapha sebagai Shamsudin. Saksikan kesudahannya dalam telefilem Bara Cinta Ramadan di TV9.

Post a Comment

0 Comments