Saat Hilang Cintamu (TV3) | Sinopsis Telefilem

Saat Hilang Cintamu (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Saat Hilang Cintamu
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Rahila Ali
Idea Asal : Halmey Hamdah
Penulis Skrip : Lee Chonz
Siaran : TV3
Tayangan : 25 Mac 2023
Masa : Sabtu | 10.00 malam
Pelakon : Zamarul Hisyam, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara, Fendi London, Abbas Mahmood

Saksikan telefilem Saat Hilang Cintamu yang meruntun hati lakonan Zamarul Hisyam dan Rita Nadira pada hari sabtu ini, jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Tonton Online : Saat Hilang Cintamu (TV3)

Saat Hilang Cintamu (TV3) | Sinopsis Telefilem
Saat Hilang Cintamu (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu

Mengisahkan Razil lakonan Zamarul Hisyam merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salina (Rita Nadira) dan menjadi penyokong utamanya. Namun, hubungan mereka mula retak apabila Salina terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya.

Salina membuat keputusan berjumpa dengan Hadi (Malek Mccrone),pakar kaunseling untuk sesi kaunseling namun sebalik berlaku apabila Salina menjalinkan hubungan dengan Hadi sehingga terlanjur.

Apabila mereka bercerai, Razil menyerahkan rumahnya kepada Salina demi kesenangan anak-anaknya dan rela tinggal di pondok kecil di belakang rumah tersebut kerana tidak mahu berjauhan dengan anak-anaknya.

Apakah pengakhiran Salina dan Razil? Adakah Salina akan menemui kebahagian dalam perkahwinannya bersama Hadi?

Post a Comment

0 Comments