Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Title : Adim Farah (My Name is Farah)
Director : Recai Karagöz
Release Date : 1 March 2023
Episodes : On-going
Cast : Engin Akyurek, Demet Ozdemir, Firat Tanis, Senan Kara, Lale Basar, Oktay Cubuk, Mert Dogan, Derya Pinar Ak, Olimpia Ahenk, Mustafa Avkiran

SYNOPSIS:
Farah is a 28-year-old Iranian woman. While fleeing from Iran to France 6 years ago, she had to stop in Istanbul because she learned that she was pregnant. Moreover, his son Kerimsah' has a disease. The immune system is naturally weak and susceptible to diseases. Despite having a medical education, Farah works illegally as a cleaner in Istanbul. But Farah's world is turned upside down overnight. She witnesses a murder committed by the mafia in a place she goes to clean and meets Tahir Lekesiz. Since she is an eyewitness to the murder, the mafia wants her killed and this task is given to Tahir

lately ni mood nak layan drama turki so aku randomly tengok drama turki di youtube yang ada subtitle sampailah tersangkut dengan Adim Farah. layan first episode sangat best sebab dia ada vibe drama Siyah Beyaz Ask dengan tema mafia gitu.

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Mengisahkan Farah (Demet Ozdemir) seorang pelarian Iran yang tinggal di Istanbul dengan anak lelakinya, Kerimshah yang berusia 6 tahun. Farah terpaksa bekerja secara haram sebagai tukang cuci untuk menampung hidup dan kos perubatan anaknya yang mempunyai penyakit berkaitan masalah sistem imuniti.

Suatu hari, Farah menggantikan tempat rakannya bertugas malangnya dia telah menjadi saksi pembunuhan yang melibatkan kumpulan mafia. Sejak hari itu, nyawa Farah dan anaknya dalam bahaya.

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Kaan (Oktay Cubuk) adalah anak kepada Ali Galip Akinci iaitu ketua mafia berpengarah di Instabul tidak puas hati dengan orang bawahan ayahnya, Alperen. Berlaku pergaduhan antara Kaan dan Alperen sehingga Kaan tertembak mati Alperen secara tidak sengaja.

Tahir (Engin Akyurek) yang merupakan orang kanan kepada Ali Galip terpaksa membersihkan jenayah yang dilakukan oleh Kaan. Masalahnya mereka tidak tahu Alperen sebenarnya polis undercover so semua konflik dalam drama ni saling berkait dengan pembunuhan Alperen apabila pihak polis mahu mencari pembunuh Alperen.

Mehmet (Firat Tanis) pula detektif yang sangat rapat dengan Alperen tekad untuk mencari pembunuhnya. Dari awal lagi Mehmet syak Tahir yang membunuh Alperen kerana penyamaran Alperen telah terbongkar.

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Tahir sudah memberi peluang pada Farah untuk mendiamkan diri dan anggap kejadian tersebut tidak pernah berlaku tapi Tahir rasa Farah jadi ancaman apabila dapat tahu Farah kenal dengan Mehmet. Actually Farah rapat dengan Gonul, adik kepada Mehmet dan mereka tinggal berjiran.

Farah pula dalam dilema sama ada mahu beritahu kejadian tersebut pada pihak polis atau mendiamkan diri demi keselamatan anaknya. Sampai satu tahap, Farah buat keputusan untuk melarikan diri tapi tersangkut juga dengan geng mafia ni apabila dia secara tak sengaja telah menyelamatkan Ali Galip Akinci dan terbongkar rahsia Farah pernah belajar perubatan di Iran dulu.

Sebagai tanda penghargaan, Ali Galip nak tanggung perubatan Kerimshah tapi Ali Galip tak percaya yang Farah akan terus mendiamkan diri so dia beri arahan pada Tahir untuk membunuh Farah.

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Dua episod pertama, jalan ceritanya sangat menarik bila penulis create watak dan plot dengan baik sekali. tiga watak utama ini iaitu Farah, Tahir dan Mehmet ada dalam situasi terdesak dan konflik dalaman masing-masing.

Farah sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya dalam masa yang sama dia rasa bersalah apabila terus menyembunyikan kebenaran tentang pembunuhan tersebut. Tahir dalam dilema sama ada mengikut arahan Ali Galip atau melindungi Farah dan anaknya.

Mehmet pula ditimpa perasan bersalah dengan kematian Alperen. walaupun orang atasan dah serahkan kes Alperen kepada team yang lain kerana emosi Mehmet yang tak stabil tapi Mehmet tekad untuk mencari pembunuh Alperen.

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

dari awal suka dengan watak Tahir, nampak ganas tapi dalam hati ada taman gitu. kalau Tahir kejam memang dari awal lagi dia dah bunuh Farah tapi banyak kali juga dia bagi peluang pada Farah. tapi nak salahkan Farah pun tak boleh juga sebab siapa tak takut bila tiba-tiba tersepit dan terlibat dengan geng mafia.

sebelum ni aku dah pernah tengok lakonan Demet Ozdemir dan mostly drama dia romantik komedi tapi bila tengok lakonan dia dalam Akim Farah sangat awesome sebab nampak lakonan dia sangat matang dan emosi on point. gandingan Demet dan Engin nampak sangat serasi.

dua episod pertama bermula dengan baik sekali tapi disebabkan drama ni masih lagi ditayangkan dan tak tahu berapa jumlah episod kesemuanya so tak tahu drama ni akan success atau flop tapi harapnya penulis boleh maintain momentum untuk drama ni sebab setakat 4 episod yang aku tengok memang best.

Adim Farah (2023) | Review Turkish Drama

Adim Farah ni memang ada vibe drama Siyah Beyaz Ask, dah la shooting rumah ketua mafia tempat yang sama. episod 6 belum keluar lagi tapi besar kemungkinan dalam episod 6 nanti Tahir akan kahwin dengan Farah untuk melindungi Farah dan Kerimshah. 

sebabnya Tahir dah langgar arahan Ali Galip dan cuba cari alasan supaya Farah tak dibunuh so ketua mafia ni tak puas hati dengan Tahir yang selama ini setia dah mula pandai melawan dia. 

Farah pula terdesak untuk mendapatkan kerakyatan sebabnya selagi maklumat Kerim tak lengkap, anaknya tak boleh melakukan pembedahan walaupun sudah ada penderma yang sesuai. Apakah kesudahannya?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments