Lelaki Kiriman Tuhan (Astro) | Sinopsis Drama

Lelaki Kiriman Tuhan (Astro) | Sinopsis Drama

Drama : Lelaki Kiriman Tuhan
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Siaran : Astro /Sooka
Tayangan Asal : 1 Oktober 2018
Episod : 18
Pelakon : Mira Filzah, Remy Ishak, Uyaina Arshad, Isyariana, Kartina Aziz, Talha Harith, Harris Anuar, Mak Jah, Rozita Che Wan, PU Azman, Jasmin Hamid, Hairi Safwan

Lelaki Kiriman Tuhan (Astro) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Diadaptasi dari novel karya Umie Nadzimah, Lelaki Kiriman Tuhan mengisahkan Naira (Mira Filzah) yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia dan abangnya terlibat dengan dadah.

Naira menguruskan resort yang dibangunkan oleh arwah ayahnya dalam masa yang sama, Naira tertekan kerana terpaksa menanggung hutang keluarga.

Kehadiran Raid (Remy Ishak) yang menjadi tetamu di resort tersebut telah banyak membantu Naira menyelesaikan masalahnya seolah Raid itu Lelaki Kiriman Tuhan. Raid yang jatuh hatu dengan Naira melakukan pelbagai cara untuk menawan hati Naira yang garang itu.

Apabila Naira menerima Raid dalam hidup, terbongkar kisah silam Raid yang gelap. Adakah Naira boleh menerima Raid seadanya dan menyelamatkan rumahtangga mereka?

Post a Comment

0 Comments