Episod Akhir Drama Derhaka Sebuah Cinta

Episod Akhir Drama Derhaka Sebuah Cinta

Siapa yang rajin melayan drama Derhaka Sebuah Cinta? Aku kadang tengok kadang malas nak layan sebab sakit betul dengan watak Azmir, selalunya Aaron Aziz bawa watak hero melayu terakhir tapi dalam cerita ni dia bawa watak lelaki dayus dan kaki putar alam. trigger betul aku setiap kali tengok scene Azmir, minta jauhlah dari jumpa lelaki macam ni.

Episod Akhir Drama Derhaka Sebuah Cinta

Dalam Episod Akhir Derhaka Sebuah Cinta terbongkar semua kejahatan Azmir, Dato Norman sendiri memberitahu segala kebenaran yang disembunyikan dari Kyra dan Dahlia. Dato Norman mahu menebus kesilapannya dan tidak kisah jika Dahlia mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap dirinya.

Dahlia tiada pilihan menggunakan kuasa undang-undang untuk mendapatkan semula anaknya selepas Kyra berkeras tidak mahu menyerahkan Qaliha walaupun sudah tahu Dahlia adalah ibu kandung kepada Qaliha.

Dalam masa yang sama, Kyra mahu Azmir melepaskannya tapi macam biasalah si Azmir ni tak menyakitkan hati orang memang tak sah, dia berkeras tak nak lepaskan Kyra dengan alasan masih sayangkan perkahwinan mereka malah Kyra pula dituduh menjadi punca segala masalah yang berlaku. menyampah betul macam dialah mangsa keadaan dan terpaling tersakiti padahal semua benda ni berpunca daripanya juga.

Episod Akhir Drama Derhaka Sebuah Cinta

Dipendekkan cerita, Si penyondol (lupa nama dia) ni rasa bahagia sangatlah bila dapat rampas Azmir daripada Kyra tapi bila tahu Azmir ni kaya sebab harta bini dan tak ada satu share pun dalam syarikat terus mengamuk last-last terimalah balasan apabila kereta yang dipandu Azmir terbabas. perempuan ni meninggal dan Azmir pula lumpuh.

Selepas mengetahui apa yang berlaku kepada Kyra, Dahlia memutuskan untuk membiarkan Kyra terus menjaga Qaliha. Pengakhirannya semua bahagia dengan hidup masing-masing, Dahlia dengan Naufal dan Kyra dengan Dr Izzudin. Begitulah pengakhiranya, yang jahat akhirnya terima balasan yang setimpal.

Baca juga : Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta (Astro Ria)

Post a Comment

0 Comments