Derhaka Sebuah Cinta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Derhaka Sebuah Cinta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Derhaka Sebuah Cinta
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : Astro Ria / Sooka
Mula Tayangan : 6 Februari 2023
Masa : Isnin-Khamis| 11.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Zara Zya, Aaron Aziz, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Nada Nursyuhada, Sahronizam Noor, Farisha Irwayu, Zulkifli Ismail, Alessya, Fadilah Mansur

Saksikan Derhaka Sebuah Cinta yang bakal menggantikan drama Nikah, Cerai & Rujuk mulai 6 Februari 2023, setiap hari isnin hingga khamis jam 11.00 malam di Astro Ria. Untuk aksess awal, korang boleh tonton drama ini dengan melanggan di aplikasi Sooka.


Derhaka Sebuah Cinta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Kalau sebelum ini Zara Zya dan Aaron Aziz pernah bergandingan dalam drama romantik komedi berjudul Tuan Anas Mikael. drama kali ini nampak lebih berat dengan tema perkahwinan yang tersakiti, sesuai dengan isu semasa yang tengah hangat berlaku sekarang.

Antara barisan pelakon dalam Derhaka Sebuah Cinta adalah Zara Zya yang memegang peranan sebagai Dahlia, Aaron Aziz sebagai Azmir, Intan Ladyana sebagai Kyra, Nazrief Nazri sebagai Naufal, Sabhi Saddi sebagai Doktor Izzudin, Nada Syuhada sebagai Junita dan ramai lagi.

Derhaka Sebuah Cinta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta

Mengisahkan Dahlia yang memilih kekasih hatinya, Azmir sebagai suaminya walaupun pada masa ini bapanya tak bersetuju kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Azmir. Dalam rasa bahagia dengan perkahwinannya, Dahlia tidak tahu Azmir dalam diam berkahwin dengan Kyra yang merupakan kawan baiknya sendiri.

Dahlia dan Kyra mengandung dan sakit melahirkan mahu anak dalam waktu yang sama. Pada masa ini, Azmir mendapati bayi dalam kandungan Kyra telah meninggal dunia lalu membuat keputusan untuk mengambil anak Dahlia sebagai pengganti anak Kyra.

Dahlia pula tidak tahu hal yang sebenar kerana tidak sedar diri waktu ini. Apabila tersedar sedihnya dia bila dapat tahu anaknya telah meninggal dunia. Yang menyakitkan hati, sudahlah tengah sedih dengan kehilangan anak tiba-tiba dapat tahu suaminya buat hal berlaku curang di belakangnya.

Lagi mengecewakan apabila Azmir menuduh Dahlia berlaku curang dengan Naufal demi menutup salah sendiri. Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Azmir berpaling kasih kepada Kyra?

Dengan segala keperitan yang berlaku, Dahlia merancang untuk membalas dendam dan musnahkan kebahagiaan Azmir dan Kyra. Apakah kesudahan kisah Dahlia, Azmir dan Kyra?

Baca juga : Episod Akhir Drama Derhaka Sebuah Cinta

Post a Comment

0 Comments