Satu Hari Di Bulan Februari (TV1) | Sinopsis Telefilem

Satu Hari Di Bulan Februari (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Satu Hari Di Bulan Februari
Produksi : Cinta Kasih Production
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Penulis Skrip : Ellyna Ahmad
Siaran : TV1
Tayangan : 11 Februari 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Sazzy Falak, Aida Aris, Esma Daniel, Geof Andre Feyaets, Fifi Laura Olivia, Heidi Aleesya, Aidit Noh.

Saksikan Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari lakonan Sazzy Falak dan Aida Aris pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Satu Hari Di Bulan Februari (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari 

Mengisahkan Aminah (Aida Ariz) dan Liz (Sazzy Falak) yang berdepan dengan dilema apabila anak yang mereka jaga selama ini bukan anak kandung mereka kerana tertukar ketika dilahirkan.

Liz seorang wanita bekerjaya manakala Aminah pula mencari nafkah dengan menjual nasi lemak. Oleh sebab itu, Mia (Heidi Aleesya) yang dibesarkan oleh Liz hidup dalam keadaan mewah dan serba cukup manakala Kasih (Fifi Laura Olivia) membesar dalam keadaan serba sederhana.

Apabila kebenaran terbongkar terjadi konflik apabila Liz tidak mahu Mia hidup susah apabila diserahkan kepada Aminah kelak, Liz mahu menjaga Kasih dan juga Mia. Perbalahan ini berakhir dengan keputusan mahkamah bahawa anak ini perlu diserahkan kepada ibu kandung masing-masing.

Mia mula menerima Aminah sebagai ibu kandungnya namun Kasih sering menangis kerana kesibukan Liz dan ayahnya. Apakah Mia dan Kasih dapat hidup bahagia dengan keluarga kandung mereka?

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments