Devil in Law (2023) | Review Drama Thailand

Devil in Law (2023) | Review Drama Thailand

Title : Devil-in-Law (Sapai Sai Strong)
Director : Aun Kornpoj Suebchompoo
Screenwriter : Sutisa Wongyu
Network : Channel 3/ VIU
Release Date : 23 January 2023
Episodes : 10
Duration : 68 minutes
Cast : Nychaa Nuttanicha, Pon Nawasch, Noi Butsakorn, Pear Pitchapa, Smith Paswitch, Pop Thagoon, Lorena Schuett, Chai Chatayodom, Amarin Nitibhon

SYNOPSIS:
Srikanda, Phawinee's sister, is a beautiful woman whose father is very proud of her. She fell in love with Nopphanai and despite her father's disapproval, they decided to elope. One day, Phawinee meets Srikanda by chance and notices how she looks thinner and depressed. She eventually gets ill and passes away. 

Phawinee is angry after finding out how her sister was bullied by her mother and sister-in-law, so she decides to sign a marriage certificate with Nopphanai with a deal of "no touch", in order to take care of her nephew. Afterward, Phawinee moves in where her sister lived and starts to fight with his mother and sister. She doesn't give in to them as her sister had, and so her revenge begins. 

Devil in Law (2023) | Review Drama Thailand

Sebuah drama adaptasi novel, Devil-in-Law mengisahkan Nopphanai/Nai (Pon Nawasch) dan Srikanda (Ice Athichanan) yang berkahwin atas dasar cinta meskipun keluarga menghalang hubungan mereka. 

ibu Nai iaitu Madam Nuan (Noi Butsakorn) merupakan seorang ahli perniagaan terkenal. Kesibukan Nai bekerja offshore dan jarang pulang ke rumah menyebabkan Nai jarang mengetahui apa yang dilalui oleh isterinya.  dalam tempoh tersebut juga, dia menyangka hubungan Srikanda dan ibunya semakin baik tanpa mengetahui Madam Nuan melayan Srikanda dengan teruk sekali.

Devil in Law (2023) | Review Drama Thailand

Suatu hari, Madam Nuan mengadakan parti di rumahnya dan menghukum Srikanda yang melakukan kesalahan dengan mengurung di dalam stor rumah mereka. Malangnya berlaku kemalangan menyebabkan Srikanda cedera dan meninggal dunia kerana terlalu lambat menerima rawatan.

Phawinee (Nychaa Nuttanicha), adik kepada Srikanda tidak dapat menerima kematian kakaknya angkara ibu mertua dan adik ipar dari neraka. Sebelum Srikanda meninggal dunia, Phawinee berjanji akan menjaga anak kakaknya iaitu Nick yang baru berusia beberapa bulan.

Devil in Law (2023) | Review Drama Thailand

Nai yang bekerja di tengah laut terkejut mendengar berita kematian isterinya dan segera pulang ke rumah. Walaupun banyak cerita buruk yang emaknya mendera isterinya tapi Nai lebih percaya emaknya dan percaya semua itu hanyalah salah faham yang berlaku.

Selepas upacara pengembumian Srikandar, Phawinee meminta izin untuk menjaga anak buahnya tapi Nai tak bagi sebab tak sanggup nak berpisah dengan anaknya. Phawinee bagi cadangan supaya mereka bekahwin sebab dia percaya Madam Nuam akan segera mencari jodoh buat Nai so Phawinee tak nak anak buah dia nanti menderita dengan ibu tiri baru.

Nai bersetuju dengan cadangan Phawinee dan mereka terus mendaftarkan perkahwinan tanpa memberitahu keluarga terlebih dahulu. Actually Nai pun bukan bodoh sangat, dia tahu tujuan sebenar Phawinee adalah untuk membalas dendam kepada Madam Nuan tapi Nai juga nak Phawinee tahu yang ibunya bukan seteruk yang disangka.

Devil in Law (2023) | Review Drama Thailand

first episod, geram betul dengan perangai Madam Nuan dengan adik Nai, tipikal watak emak mertua jahat dalam lakorn. Watak Nai pun agak menyakitkan hati juga sebab percaya sangat cakap emak dan adik dia padahal propa lebih perangai dua orang ni. macam mana dia boleh percaya everything akan settle dengan baik selepas mereka berkahwin padahal dari awal sampai ke sudah emak dia tak boleh terima Srikanda sebab perbezaan status.

bila Nai dan Phawinee berkahwin habis terkejut semua orang terutama sekali Madam Nuan sebab dari awal dia dah berkenan dengan Lalita. Kalau Srikanda menantu yang lemah lembut tapi Phawinee sangat kontra dengan kakaknya dan Phawinee dah nekad nak buat Madam Nuan menyesal sebab dah sia-siakan kakaknya dan dapat menantu macam dia. 

aku suka watak Phawinee sebab dia tahu macam mana nak handle Madam Nuan barulah buku bertemu ruas. tapi overall plot banyak sangat drama dan toxic. hero ni aishhh anak emak betul, sakit pula hati kita macam dia terlebih redha dan senang sangat nak terima cadangan Phawinee untuk berkahwin lain. sakit hati dengan perangai Madam Nuan dengan adik Nai tapi lagi geram dengan perangai Nai sebenarnya.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments