Drama Thailand | Kleun Cheewit - Waves of Life (2017)


Title : Kleun Cheewit
Another Title : Waves  of Lives
Director : Aew Ampaiporn 
Network : Channel 3/ Netflix
Aired : 23 January 2017 - 13 March 2017
Episodes : 15
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Yaya Urassaya, Mark Prin, Louis Scott, Toey Jarinporn, Nychaa, Masu


Kleun Cheewit atau Waves of Life remake daripada siri lakorn lama yang popular mengisahkan Gee (Yaya Urassaya), pelakon popular yang dicemburui kerana kejayaannya dalam industri. oleh sebab itu, ada rakan artis yang mengambil kesempatan menyebarkan cerita buruk mengenai gee.

Suatu hari, Gee telah disuntik dengan dadah dan diculik namun sempat melarikan diri dengan kereta. malangnya, Gee telah terlanggar seorang wanita sehingga menyebabkan kematian kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

pengurus Gee takut kejadian tersebut boleh menjatuhkan karier Gee sebagai pelakon dan cuba cover kes tersebut supaya peminat Gee dan wartawan tidak tahu. 


Sathit (Mark Prin) yang merupakan tunang kepada wanita yang dilanggar Gee mahu menuntut bela dan membalas perbuatan Gee. Gee sebenarnya rasa bersalah dan cuba meminta maaf bila tahu status sebenar Sathit tapi Sathit tak percaya dan menganggap Gee hanya berpura-pura di depannya.

Sathit mahu membalas dendam tapi makin lama dia makin keliru dengan perbuatanya apabila banyak sisi baik Gee yang dia nampak dan tak seperti gosip buruk yang dia dengar. tanpa sedar, Sathit telah jatuh cinta dengan Gee dan mula rasa bersalah bila tahu hal yang sebenar.


selain daripada pasangan utama, ada lagi kisah dua pasangan lain dalam drama ni. second couple adalah Chaiyan (Louis Scott) dan Piak (Toey Jarinpon) yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi selalu bergaduh kerana perangai cemburu buta Piak.

Chaiyan merupakan kawan baik Gee sejak zaman kolej dan juga pengarah jadi banyak bekerja dengan ramai pelakon. Piak tidak senang dengan persahabatan Chaiyan dan Gee dan ada kalanya sampai mengikut Chaiyan ke set sebab takut orang lain menggoda suaminya.

pasangan ketiga pula, Dao (Nychaa) dan Jett (Masu). Dao merupakan kawan baik Gee dan terjatuh cinta dengan Jett sejak pertama kali mereka bertemu. masalahnya  Jett suka pada Gee, terpaksa Dao pendam perasaannya. tapi couple ni sangat baik dan banyak tolong Gee.


lakorn yang bertemakan revenge bukan my favourite sebab sakit hati dengan perangai manusia dalam drama ni. yang hero sibuk nak balas dan tak habis salah faham dengan heroin tapi kat hujung-hujung bukan kemain sweet bila Sathit dah jatuh cinta dengan Gee.

suka dengan drama Waves of Life sebab lakonan Yaya sangat superb, rasanya macam first time tengok Mark dan Yaya berlakon bersama tapi chemistry mereka sangat mantap. lagi satu suka outfit Yaya  semua cantik dan kena dengan watak dia sebagai pelakon dalam drama ni.

Post a Comment

2 Comments

  1. Satu cerita ada banyak kisahnya. macam macam kisah percintaan ada. Susah jugak kalau pasangan susah nak percaya ni.

    ReplyDelete