Cinta Cheese Cake Leleh (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Cinta Cheese Cake Leleh (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Cinta Cheese Cake Leleh
Produksi : GSR Production
Siaran : TV Okey
Tayangan : 5 Februari 2023
Masa : Ahad | 2.30 Petang
Pelakon : Afifah Nasir, Hafreez Adam, Anis Al-Idrus, Mustaqim Bahadon, Syaffiq Sahli

Tonton telefilem Cinta Cheese Cake Leleh yang ditayangkan semula istimewa sempena februari ini, pada hari ahad jam 2.30 petang di slot Layar Okey TV Okey saluran Astro 146.

Cinta Cheese Cake Leleh (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Cinta Cheese Cake Leleh

Zara seorang peminat kek cheese jatuh hati dengan kek keju yang dijual di kedai Hakimi sehingga setiap hari dia datang untuk membeli kek tersebut. Zara juga semakin rapat dengan Hakimi apabila mengetahui Hakimi pembuat kek tersebut.

Di pejabat, Zara selalu memarahi Zarif yang selalu membuat kesilapan membuat kerjanya. Tidak lama kemudian hubungan mereka semakin rapat dan Zara terkejut apabila mengetahui Zarif pandai membuat kek. Zara memberitahu Zarif yang kek keju yang dijual di kedai Hakimi adalah tersedap yang pernah dia rasa.

Sebuah telemovie romantik komedi yang menarik untuk ditonton, saksikan lakonan Afifah Nasir sebagai Zara, Hafreez Adam sebagai Zarif, Syaffiq Sahli sebagai Hakimi dan Anis Al-Idrus sebagai Betty dalam Cinta Cheese Cake Leleh.

Post a Comment

0 Comments