Novel Gantung Karya AH Clans (Adaptasi Bukan Syurga Pilihan)

Novel Gantung Karya AH Clans (Adaptasi Bukan Syurga Pilihan)

Novel Gantung karya AH Clans telah diadaptasi ke drama bersiri berjudul Bukan Syurga Pilihan dengan menampilkan pelakon utama seperti Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Fezrul Khan dan Aishah Ilias yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima 105.

Baca juga : Novel Gantung Karya AH Clans


Novel Gantung diterbitkan oleh Syarikat Penerbitan NovelPlus pada tahun 2022. Download aplikasi NovelPlus sekarang untuk membaca koleksi novel TANPA HAD secara PERCUMA!


Sinopsis Novel Gantung Karya AH Clans

Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu. 

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Lalu, perkahwinan terpaksa disorokkan. 

Tiada kisah cinta yang tidak diuji, apatah lagi sebuah perkahwinan tanpa restu. Kerana sebuah fitnah Megat Ariff menghalau Tihani dan menggantung Tihani tidak bertali malah menghalau Tihani. 

“Tihani Zahira binti Mohd Tahir, aku Megat Ariff bin Megat Aman akan gantung kau tidak bertali.”

Baca juga : Drama Bukan Syurga Pilihan lakonan Ungku Ismail dan Nadiya Nisaa

Post a Comment

0 Comments