Bukan Syurga Pilihan (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Bukan Syurga Pilihan (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Bukan Syurga Pilihan
Produksi : MIG Productions Sdn Bhd
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 2 Januari 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 40
OST/Lagu Tema : Fai Ramli - Tersakiti

Saksikan drama Bukan Syurga Pilihan lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nadiya Nisaa yang bersiaran mula 2 Januari 2023, setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima.

Bukan Syurga Pilihan merupakan drama pertama arahan Ungku Ismail dan diadaptasi dari novel Gantung karya AH Clan.


Bukan Syurga Pilihan (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Bukan Syurga Pilihan

  • Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira 
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff 
  • Fezrul Khan sebagai Zaid 
  • Aishah Ilias sebagai Sofea 
  • Azizah Mahzan sebagai Dato' Ilya 
  • Ady Mohamad sebagai Nizam
  • Syaff Azahan sebagai Daniel
  • Fathil Dani sebagai Tahir
  • Qazem Nor sebagai Ady
  • Neera Azizi sebagai Tina
  • Zarina Zainoordin sebagai Lidya
  • Fikhree Bakar sebagai Khairuddin
  • Natasha Charmaine sebagai Puteri Uzma

Baca juga : Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan Penuh Kehancuran


Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan

Tihani yang baru bercerai berkahwin dengan Megat Ariff hanya untuk mengetahui bahawa kehidupan baharunya dengan Megat Ariff menempah masalah yang lebih teruk daripada perkahwinan pertama apabila bekas suaminya, Zaid mengganggu perkahwinannya serta Sofea yang nekad ingin menjadi isteri Megat Ariff.

Bahtera perkahwinan Tihani dan Zaid karam apabila Zaid menceraikan Tihani. Tihani yang kini menjanda tidak sangka apabila dia dipinang Megat Ariff. Atas saranan bapanya, Tihani bersetuju untuk bernikah dengan jejaka kaya dan tampan tersebut yang juga merupakan pelanggan syarikatnya. Namun tanpa pengetahuan Tihani, Megat Ariff sebenarnya bersetuju untuk berkahwin dengannya supaya dia tidak perlu berkahwin dengan Sofea; gadis pilihan ibunya, Dato’ Ilya.

Penyatuan Tihani dan Megat Ariff yang pada awalnya mempunyai niat yang berbeza, telah hadir cinta. Megat Ariff semakin sayang pada Tihani dan mula ingin meneruskan perkahwinan dan melangsungkan tugasnya sebagai suami tetapi keadaan menjadi sukar apabila bekas suami Tihani yang gila talak sering mengganggu mereka. Dato’ Ilya juga meminta Sofea untuk terus menggoda Megat Ariff dan memfitnah Tihani sehingga anaknya terkesan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah tertarik dgn jalan cerita dia sejal 1st episode.. sampai rumah mesti lewat 30min..haha

    ReplyDelete