Novel Bukan Lelaki Terhebat Karya Dilla Ahmad

Novel Bukan Lelaki Terhebat Karya Dilla Ahmad

Novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad diterbitkan oleh Kaseh Aries Publication pada tahun 2020 telah diadaptasi ke drama bersiri dengan judul yang sama dan bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada januari ini.

Drama Bukan Lelaki Terhebat menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai teraju utama dibawah arahan sutradara Eoon Shuhaini. Ini merupakan kali ketiga Sweet dan Adam berganding sebagai pasangan utama selepas drama Adam Chempaka dan Bidadari Salju.

Baca Novel : Bukan Lelaki Terhebat Karya Dilla Ahmad


Novel Bukan Lelaki Terhebat Karya Dilla Ahmad

Sinopsis Novel Bukan Lelaki Terhebat

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia. 

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ SERI DHIA 

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ JADEN 

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri. 

“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ SERI DHIA 

“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ JADEN 

Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

Baca juga : Review Novel Lelaki Introvert Karya Dilla Ahmad

Post a Comment

0 Comments