Lirik Lagu | Khai Bahar X Nabila Razali - Selagi Ku Ada (OST Kerana Cinta Itu Ada)

Lirik Lagu | Khai Bahar X Nabila Razali - Selagi Ku Ada (OST Kerana Cinta Itu Ada)

Lagu : Selagi Ku Ada
Penyanyi : Khai Bahar X Nabila Razali
Komposer : Amylea
Penulis Lirik : Amylea

Penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali membuka tahun baharu dengan buah tangan istimewa buat peminat mereka menerusi lagu duet 'Selagi Ku Ada'. Selagi Ku Ada merupakan lagu duet kedua Nabila Razali selepas melancarkan 8 single sebelum ini, manakala lagu duet ke 7 bagi Khai Bahar.

Selagi Ku Ada dijadikan lagu pembukaan untuk drama terbaru Nabila Razali dan Aedy Ashraf yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Lagu ini mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua.

Lagu & muzik video rasmi Selagi Ku Ada boleh di strim dan ditonton di semua platform streaming bermula 11 Januari 2023 di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment.

Lirik Lagu Khai Bahar X Nabila Razali - Selagi Ku Ada (OST Kerana Cinta Itu Ada)

Ku menentang rasa mencinta
Namun tidak bila denganmu
Hati ini masih merindu
Adakah kau merasa yang sama?

Tetaplahku menanti ada
Waktu kita akan menyatu
Kerana jiwa ku memanggilmu
Tak dapatku berlari darimu

Selagi ku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Apa di hatiku
Dan biarku dakap semua rasa
Yang melanda di hidupmu
Hadirkanku beri bahagiamu

Ku menentang rasa mencinta
Namun tidak bila denganmu
Hati ini masih merindu
Adakah kau merasa yang sama?

Selagiku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Apa di hatiku
Dan biarku dakap semua rasa
Yang melanda di hidupmu
Hadirkanku beri bahagiamu

Patahnya sayap waktu
Terpisahku denganmu
Janji janji yang dulu
Tak dapat ku pertahan
Menanti waktu untuk bersamamu

Selagi ku ada
Mana mungkin kan ku biar
Kau meratap dan meneka
Hadirkanku beri bahagiamu
Hadirkanku beri bahagiamu

Post a Comment

0 Comments