Lighter & Princess (2022) | Review Chinese Drama

Lighter & Princess (2022) | Review Chinese Drama

Title : Lighter & Princess
Director : Liu Jun Jie
Screenwriter : Zhou Yong
Network : Youku
Release Date : 3 November 2022
Episodes : 36
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Youth
Cast : Chen Fei Yu, Zhang Jing Yi, Zhao Zi Wei, Jenny Zheng, Cui Yu Xin, Qian Di Di, Jiang Zi Xin, Ma Ke, Tu Song Yan, Zhang Xi Lin, Zhao Zi Qi

SYNOPSIS
Li Xun is a cool and calculating computer programming ace who gained special admission to college. To others, he can sometimes seem aloof and distant, but this is mainly down to his worldview: He sees life as one great big computer program, and only feels comfortable when he is in control of what is going on. He knows nothing of love – considering it to be an emotion that may be beyond his understanding. 
Zhu Yun, meanwhile, is a clean-living and innocent young woman who has just begun her college life after doing everything her parents and society expected of her to the best of her ability. When she meets Li Xun, she feels conflicted. She worries that he is a disruptive influence and a possible troublemaker, but still feels somehow drawn to him. Although they seem to butt heads at first, they start to begin cherishing their time together. But when a life-altering incident threatens to separate them – just as romance was starting to brew – their affection is about to undergo the ultimate test!

Lighter & Princess (2022) | Review Chinese Drama

Lighter & Princess mengisahkan Li Xun (Chen Fei Yu) dan Zhu Yun (Zhang Ji Yi) yang belajar di universiti sama dalam bidang sains komputer. Li Xun merupakan top student dan genius programming, dan makin rapat dengan Zhu Yun bila Zhu Yun join projek dia kemudiannya mereka bercinta.

Sebelum menamatkan pengajian, Li Xun guna duit simpanannya untuk setup company IT sendiri yang diberi nama L&P (Lighter & Princess) sempena nickname dia dan Zhu Yun. Li Xun mahu fokus pada sistem yang berkaitan medical industry. Zhu Yun pula decide untuk bekerja dan menyokong segala keputusan Li Xun. 

Namun berlaku satu insiden yang menyebabkan Li Xun dipenjara dan Zhu Yun pula menyambung pelajaran ke luar negara.

Lighter & Princess (2022) | Review Chinese Drama

Li Xun, Zhu Yun dan Gao Jian Hong (Zhao Jin Wei) berkawan rapat dan bekerjasama dalam projek sistem Blue Crown. Gao Jinhong juga merupakan top student tapi bila masuk universiti, dia selalu dapat tempat kedua so dia tak puas hati bila selalu berada di belakang Li Xun. kira member macam lama juga simpan dendam dengan Li Xun.

Sebelum dipenjarakan, Li Xun membuat keputusan untuk menyerahkan syarikatnya pada Gao dan share milik Zhu Yun pula dia serahkan pada Gao sebab waktu ni Li Xun memang nekad nak balas dendam pada orang yang menyebabkan kematian kakaknya dan mahu memutuskan hubungannya dengan Zhu Yun.

Malangnya Gao Jianhong mengkhianati kepercayaan Li Xun. bila dapat pegang L&P, Gao Jianhong jual sistem medical Li Xun dan masuk dalam industri gaming sebab bidang ini lebih banyak memberi keuntungan.

Lighter & Princess (2022) | Review Chinese Drama

Selepas beberapa tahun Zhu Yun pulang ke China dan bertemu kembali dengan Li Xun yang baru keluar dari penjara. Zhu Yun dapat tahu semua share Li Xun dalam syarikat L&P sudah tiada so dia macam pelik dan buat keputusan untuk bantu Li Xun dapatkan semula L&P. Zhu Yun sanggup tolak kerja di luar negara dan bekerja dengan syarikat kecil hanya kerana Li Xun. 

Walaupun Li Xun seorang genius, Gao Jianhong percaya yang Li Xun susah nak bina karier dia semula dengan rekod jenayah lagi. tapi still Gao tak boleh duduk diam bila tengok syarikat Li Xun dan Zhu Yun ada progress yang positif.

menyirap juga dengan Gao Jianhong sebab banyak main kotor dan syarikat dia naik pun sebab copy paste game orang. masalah Gao dia terlalu insecure dan takut Li Xun kalahkan dia.

Lighter & Princess (2022) | Review Chinese Drama

suka tengok lakonan dan gandingan hero dan heroin yang serasi. selalunya cerita zaman sekolah atau universiti, selalu stress dengan lakonan hero baru yang kayu tapi Li Xun ni memang pandai berlakon, suka tengok ekspresi muka dia, bila dia senyum aishh dengan sis sekali cair. 

Watak Li Xun bagi aku menarik sebab misteri betul di permulaan cerita dan rupa-rupanya dia ada kehidupan yang struggle. disebabkan Li Xun antisosial dan tajam lidahnya bila bercakap ramai yang tak dapat bertahan dengan perangai dia kecuali Zhu Yun. sebenarnya kesian juga dengan Gao sebab Li Xun tak pernah kisah dengan perasaan dia. so kalau follow drama ni akan tahu kenapa Gao berubah sampai macam tu sekali. 

kalau korang mencari drama romantik tak rekomen sangat Lighter & Princess sebab jalan ceritanya lebih kepada business dan banyak sembang pasal sistem dan programming. part flashback rasanya boleh dipendekkan lagi kot sebab aku lebih berminat nak tahu apa yang terjadi kepada mereka bertiga dan kenapa Li Xun masuk penjara. pace dia sangat slow tapi overall plot ceritanya sebenarnya menarik juga dan siapa yang suka slow romance bolehlah tengok drama ni.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. tengah tengok drama ni...kekdg geram je tengok Li Xun, mcm arrogant sikit..tapi dia terer...suka tema computer coding & business..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan berlagak tapi anti sosial..haha tapi itulah kadang geram juga kita dengan perangai dia..hahahaha

      Delete