Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Title : Crash Course In Romance
Director : Yoo Je Won
Screenwriter : Yang Hee Seung
Network : TVN/ Netflix
Release Date : 14 January 2023
Episodes : 16
Duration : 1 hour 15 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Jeon Do Yeon, Jung Kyung Ho, Roh Yoon Seo, Shin Jae Ha, Lee Bong Ryun, Oh Eui Shik, Jang Young Nam, Kim Sun Young, Lee Min Jae, Lee Chae Min

SYNOPSIS:
The series follows the bittersweet relationship between a banchan shop owner who belatedly enters the war of Korea's college entrance exams, and a top star instructor.

rasanya dah lama tak tengok Jung Kyungho berlakon dalam rom-com, last tengok dia berlakon dengan Jang Nara, One More Happy Ending. lepas tu mostly drama dia banyak thriller dan berat. walaupun ada satu dua drama Jung Kyungho yang tak kena dengan jiwa aku tapi mostly drama dia memang best.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Crash Course In Romance mengisahkan Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) berhenti dari menjadi atlet negara untuk menjaga adik, Nam Jae Woo (Oh Eui Shik) dan anak saudaranya, Nam Hae Yi (Roh Yoon Seo) selepas ibunya meninggal dunia. Haeng Seon menyara kehidupan keluarga dengan membuka kedai menjual side dish (banchan).

Haeng Seon cuba penuhi permintaan Haeyi yang mahu belajar kelas tambahan dengan seorang cikgu tuisyen math terkenal walaupun persaingan tinggi untuk mendapat tempat di kelas tersebut. Sejak hari itu, Haeng Seon secara tak langsung terlibat dengan politik parent dan bertemu dengan Cho Chi Yeol.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Choi Chi Yeol (Jung Kyung Ho) merupakan star instructor yang terkenal dalam kalangan pelajar dan ibu bapa. Kehidupannya sangat sibuk dengan kerjaya sampai dia tak cukup rehat dan ada masalah makan. 

setiap kali makan mesti dia muntah balik sampailah manager dia beli makanan kat kedai banchan milik Nam Haeng Seon barulah dia berselera untuk makan. so sejak hari tu dia craving nak makanan kat situ.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

walaupun Chi Yeol terkenal macam artis tapi bukan semua kenal dia termasuk Haengseon. pada awalnya berlaku salah faham antara mereka tapi bila Haengseon tahu Chi Yeol yang mengajar kelas tusiyen Haeyi barulah dia cuba berbaik dengan Chi Yeol.

ada konflik yang terjadi bila Haeyi kena blacklist dari pusat tuisyen, Chi Yeol offer untuk mengajar Haeyi secara private sebagai bayaran Haeng Seon kena menyediakan makanan untuknya.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

perangai mak-mak dalam kdrama sekolah sekarang ni tak rilek langsung. kalau boleh semua benda mereka nak aturkan untuk anak-anak mereka dapat top student dan masuk top universiti kelak. dari kecil dah paksa anak-anak bersaing patut anak pun makin kurang ajar.

macam kes Haeyi sebab dia bukan berasal dari keluarga berada dan bila prestasi pelajaran dia makin bagus, mak-mak budak lain rasa tergugat sebab tu mereka berkomplot guna pengaruh mereka untuk keluarkan nama dia dari program medical school.

Haeng Seon yang kecewa dengan pusat tuisyen buang nama anak dia cuba protes dengan ketidakadilan yang berlaku tapi last-last nama Haeyi kena senarai hitam dari pusat tuisyen tersebut.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Nam Haeyi kena tinggal dengan mak dia sejak kecil lagi dan dia memanggil Haeng Seon sebagai emak. walaupun hakikatnya Haeng Seon sebenarnya ibu saudaranya dan belum berkahwin. kenalan mereka pun tak tahu hal tersebut.

Haeyi seorang pelajar pintar tapi agak lemah dalam subjek matematik. selepas join kelas Chi Yeol, gred matematik dia makin bagus tapi ada seorang kawan sekelasnya yang cemburu dan tak boleh tengok Haeyi lebih pandai dari dia.

walaupun persaingan budak-budak ni nampak extreme tapi suka tengok Haeyi enjoy life dia sebagai pelajar sekolah dengan kawan baiknya dan suka juga tengok bonding dia dengan Haeng Seon.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Choi Chi Yeol ada trauma dengan kejadian menimpa bekas pelajarnya dulu. sebab tu dia sibukkan diri dengan kerja tapi benda ni juga menjejaskan kesihatannya. bila jadi popular terpaksa menghadap student dia yang terlebih fanatik.

Actually drama ni macam misteri juga dengan masa silam Chi Yeol dan ada stalker yang sentiasa memerhatikan tanpa disedarinya. kalau ada individu yang cuba mengganggu atau abuse Chi Yeol memang kena dengan stalker tu tapi paling extreme bila ada yang dibunuh.

Crash Course In Romance (2023) | Review Drama Korea

Walaupun heroin dia nampak tua tapi best juga tengok Jeon Do Yeon bawa watak Nam Seong Heon. comel tengok interaction dan chemistry dia dengan Jung Kyung. kisah Haeyi dengan kawan-kawan dia pun makin menarik.

setakat empat episod ni jalan ceritanya nampak menarik dan menghiburkan walaupun aku annoying betul dengan perangai mak-mak dia. selalunya drama Jung Kyung Ho jarang mengecewakan so kita tunggulah next episode untuk tahu kesudahan Crash Course In Romance.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Hahha lawakkk!!! Setia tunggu every week ni..x sabar nk smbg smbg dan smbg tgk haha

    ReplyDelete