Bukan Lelaki Terhebat (TV3) | Sinopsis Drama

Bukan Lelaki Terhebat (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Bukan Lelaki Terhebat
Produksi : Orangetree Production
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 26 Januari 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi, Anies Hannani, Zarina Zainuddin, Ameerul Asyraf, Harissa Adlynn, Omar Abdullah, Rashidah Jaafar, Hasnul Rahmat, Arash Mohd, Zalfa Zin, Puteri Balqis, Kak Girl, Neera Azizi, Mohd Nor Bond, Adam John, Sham Visa, Rosli Rahman Adam, Saiful Wazien

Saksikan drama Bukan Lelaki Terhebat lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina bersiaran mulai 26 Januari 2023, setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Bukan Lelaki Terhebat (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat

Diadaptasi dari novel karya Dilla AhmadD, Bukan Lelaki Terhebat mengisahkan Jaden (Adam Lee) merupakan pengawal peribadi kepada Datuk Shamsul Azri telah jatuh cinta dengan perempuan simpanan majikannya, Ariana (Anies Hann) dan mereka merancang untuk melarikan diri.

Namun, rancangan Jaden diketahui oleh Datuk Shamsul menyebabkan dibelasah sehingga cedera parah sebelum diselamatkan oleh Pak Samad (Omar Abdullah) dan anaknya, Seri Dhia (Sweet Qismina).

Kemunculan Jaden di rumah Seri Dhia telah menimbulkan fitnah di kalangan orang kampung. Puan Zalina bertindak memutuskan pertunangan anaknya, Dr Iqram (Halim Radzi) dengan Seri Dhia dan menuduh gadis itu mempunyai hubungan sulit dengan Jaden.

Selepas beberapa bulan berkenalan, Jaden dan Seri Dhia perasaan cinta masing-masing. Namun keadaan menjadi rumit apabila Ariana mengetahui Jaden masih hidup. Mampukah Jaden melupakan kisah lalu dan mempertahankan kehidupannya kini bersama Seri Dhia?

Post a Comment

1 Comments