Syurga Di Hati Rahmah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Syurga Di Hati Rahmah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Syurga Di Hati Rahmah
Produksi : Nusantara Seni Karya
Pengarah : Wan Mohd Hafiz
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Siaran : TV1
Tayangan : 31 Disember 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Husna Mustaffa, Azrel Ismail, Sheila Mambo, Hakim Nordin, Faizul Syaharin, Raden Zaharatul, Farah Wahida, Farisya Zul, S.Ruwiyati Ariffin, Nik Ramly, Nizam Kama, Shamsul Arifin, Mukminin Azahar

Saksikan telefilem Syurga Di Hati Rahmah lakonan Azrel Ismail dan Husna Mustaffa pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1.


Syurga Di Hati Rahmah (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Syurga Di Hati Rahmah

Musyid (Azrel Ismail) berkahwin dengan gadis pilihan ibunya yang bernama Rahmah (Husna Mustaffa). Dalam diam, Musyid memberontak dan tidak setuju dengan tindakan ibunya dan Rahmah menjadi mangsa keadaan.

Mursyid mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan Rahmah terus diketepikan haknya sebagai seorang isteri. Sebaliknya, Mursyid banyak menghabiskan masanya dengan berpeleseran dengan kekasihnya, Natasya.

Apabila Rahmah disahkan mengandung, Mursyid mempertikaikan bapa kepada anak di dalam kandungan Rahmah dan langsung tidak mempedulikan Rahmah.

Sehinggalah berlaku kejadian malang kepada Rahmah. Namun apakah kekesalan dan keinsafan masih berguna pada diri Mursyid? Dapatkah dia mengembalikan nyawa si ibu kepada anak yang tidak berdosa yang memerlukan perhatian daripada seorang ibu?

Post a Comment

0 Comments